Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seminar tingkat kesedaran kesihatan mental anak

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 150 keluarga menyertai seminar dalam talian dengan Yayasan Mendaki kelmarin mengenai cara mengatasi tanda tekanan dalam anak mereka, serta cara memberi sokongan sosial dan emosi.



Sesi 'e-Brunch with Mendaki' itu merupakan yang pertama diadakan tahun ini, kata badan bantu diri itu dalam satu kenyataan.



Acara itu bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan kesihatan mental, serta kemahiran dan sumber bagi membantu anak-anak dalam laluan pendidikan mereka.



Dengan tema 'Nourish to Flourish: Cultivating Academic Success through Mental Wellness' (Pupuk untuk Maju: Menyemai Kejayaan Akademi menerusi Kesejahteraan Mental), seminar itu menampilkan beberapa pakar yang kerap memperjuangkan tentang isu tersebut.



Ia menampilkan kaunselor serta pengasas Kelab Heal, Dr Bibi Jan; kaunselor pelajar kanan, Cik Mariam Isnin; Penolong Pengarah Pendidikan Mendaki, Cik Sabrena Abdullah; serta pejuang kesihatan mental, Cik Atikah Amalina, sebagai moderator perbincangan panel.



Dalam penyampaiannya, Dr Bibi Jan berkata usaha menggalak kesihatan mental yang baik dalam diri anak boleh membantu mereka membina daya tahan untuk mengharungi kesukaran.



Usaha itu juga boleh membangun keupayaan mereka untuk berjaya di sekolah. Beliau turut menekankan peranan ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak.



"Pada dasarnya, kita perlu memastikan terdapat hubungan yang kukuh di rumah untuk menggalak hubungan emosional selain menerapkan kepercayaan yang kukuh.



"Untuk melakukan demikian, kita mesti berkomunikasi dengan berbual bersama mereka, memproses fikiran dan perasaan mereka, mengesahkan keprihatinan mereka, dan dengar sambil berempati," ujar Dr Bibi Jan.



Beliau turut menambah dengan cara ini ia akan membantu si anak membangunkan cara pemikiran yang positif yang boleh membantu mereka berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran.



Cik Mariam pula mendorong ibu bapa agar memerhatikan bukan sahaja prestasi anak di sekolah, bahkan di rumah dan dalam masyarakat.



"Tekanan mungkin menonjol dalam pelbagai cara, jadi penting bagi ibu bapa untuk memerhatikan anak mereka dan membantu mereka mengekalkan kesejahteraan mental," ujar Cik Mariam.



Di samping itu, pada masa yang sama, Cik Mariam berkata ibu bapa perlu menyediakan ruang untuk anak-anak mereka berkembang dengan menawarkan maklum balas yang positif, memberi pengesahan terhadap kekuatan anak dan menyokong mereka membuat keputusan sendiri.



"Interaksi sebegini akan memupuk daya tahan dalam diri anak-anak bagi jangka panjang," katanya.



Panel itu turut membincangkan keprihatinan para ibu bapa tentang bagaimana mereka boleh mengatasi tanda-tanda tekanan dalam diri anak mereka serta cara terbaik untuk menawarkan sokongan sosial dan emosional kepada anak-anak.



Cik Sabreen turut menekankan komitmen Mendaki dan menyokong dan memberi galakan kepada ibu bapa dan anak-anak mereka dalam perjalanan pendidikan dengan pendekatan holistik.



"Kami menggalak ibu bapa agar mendengar anak mereka secara aktif, akur terhadap keprihatinan dan kesukaran mereka serta mengambil masa untuk memahami keperluan anak-anak.



"Sebagai rakan kongsi terbaik anak itu, ibu bapa boleh membantu anak-anak berkembang dan menjadi yang terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan," katanya.



Yayasan Mendaki turut menawarkan pelbagai sumber pembelajaran dan bahan dalam talian menerusi Facebook, Instagram dan saluran YouTube.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >