Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sempena tahun baru, bekas penagih tekad buka lembaran baru

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



GARA-GARA bercampur dengan pengaruh kurang sihat sewaktu zaman remaja, beliau mengabaikan pelajaran, ponteng sekolah, "cabut" dari kelas sehinggalah satu hari beliau memilih untuk berhenti sekolah seawal menengah dua.



Khayal dalam dunianya sendiri, kehidupan beliau bertambah gelap dan semuda 14 tahun, beliau menjamah heroin.



Detik itu menjadi titik permulaan penglibatan Encik Norhafeez Khan Anwar dalam dadah yang menyebabkan beliau diheret ke dalam penjara sebanyak tiga kali.



"Hidup saya tiada arah tuju," ujarnya yang menambah beliau pernah mencuri duit ibu bapanya dan pecah masuk rumah orang.



Namun, tahun baru kali ini lebih bermakna kerana dengan pembebasannya daripada hukuman terakhir dua minggu lalu, Encik Norhafeez bertekad mahu mulakan lembaran baru.



Kini, pemuda berusia 29 tahun itu sedang mengikuti program Nitec dalam Perkhidmatan Logistik Perniagaan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East.



"Saya juga sedang cuba mahu jauhkan diri daripada rakan-rakan lama saya," kongsi anak sulung dalam empat adik-beradik itu.



Menyingkap perjalanannya yang terperangkap dalam jerat dadah, Encik Norhafeez menceritakan bahawa hukuman pertama dan keduanya tidak cukup untuk membuatnya serik.



Beliau mengulangi kesilapannya kerana rasa seolah-olah beliau dapat "mengatasi sistem undang-undang".



"Apa yang betul-betul buat saya sedar adalah apabila hukuman ketiga dijatuhkan... penjara lima tahun dan tiga sebatan. Isteri saya juga memfailkan surat penceraian.



"Saya mula memikirkan tentang kehidupan saya dan memutuskan saya perlu lakukan sesuatu untuk ubah hidup saya.



"Lagipun, saya tak nak anak-anak saya ikut jejak langkah saya," kata bapa tiga anak berusia antara empat tahun dengan 13 tahun itu.



Sewaktu meringkuk dalam penjara, Encik Norhafeez bertungkus-lumus belajar dan berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi GCE Peringkat 'N' - tiga kepujian dan satu 'B' - yang membakar semangatnya.



"Dari situ, saya beritahu diri saya bahawa saya mampu lakukan lebih baik dalam kehidupan.



"Jadi saya pun membuat keputusan untuk sambung belajar," ujarnya.



Setelah dipindahkan ke rumah peralihan Jamiyah Darul Islah, Encik Norhafeez memilih untuk sambung belajar di ITE daripada bekerja.



Meskipun jarak di antara ITE dan rumah peralihan itu memakan masa hingga hampir dua jam, Encik Norhafeez berkata beliau "gembira" setiap kali ke sekolah, dan menambah beliau berterima kasih atas sokongan subsidi Reben Kuning bagi yuran sekolahnya.



Reben Kuning sebuah projek yang menawarkan sokongan kepada bekas banduan kembali ke pangkuan masyarakat.



Dalam pada itu, ibu bapanya tidak henti memberi beliau sokongan untuk teruskan kehidupannya.



Buat masa ini, Encik Norhafeez berkata beliau ingin ambil satu langkah demi satu langkah sambil beliau cuba untuk berintegrasi semula dalam masyarakat.



Beliau yang dalam tahun kedua Nitec berharap dapat lanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dalam bidang yang sama.



Katanya:



"Dadah hancurkan hidup saya... rumah tangga saya hancur, saya hilang kebebasan.



"Zaman 20-an saya sudah terbuang, dan saya tak nak buang masa depan saya pula."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >