Sempurnakan cabaran berjalan 100 km demi amal
Jan 22, 2017 | 05:30 AM
SELEPAS 30 jam mengharungi cabaran berjalan kaki sepanjang 100 kilometer, Encik Mohamad Tahar Jumaat akhirnya sampai ke garisan penamat di Changi Village pada 2 petang kelmarin.
Perjalanannya yang bermula dari rumahnya di Pasir Ris, kemudian mengelilingi Singapura, adalah atas dasar usaha murni beliau sendiri mahu mengumpulkan dana bagi para pelarian di Lesvos, Greece.