Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Semua 17 majlis bandaran hasilkan penyata kewangan ikut piawaian

Feb 23, 2022 | 06:27 AM

KESEMUA 17 majlis bandaran menghasilkan penyata kewangan mengikut piawaian bagi tahun kewangan 2020 (FY2020), kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) menerusi satu kenyataan semalam.

Penyata kewangan itu memberikan gambaran bahawa laporan yang dibentangkan memberikan gambaran benar dan saksama berkenaan ehwal kewangan pertubuhan itu.

Namun, enam majlis bandaran didapati tidak mematuhi beberapa aspek dalam senarai semak pentadbiran korporat yang perlu dihantar ke MND bagi memastikan mereka mencapai piawai pentadbiran yang ditetapkan.

Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dan Majlis Bandaran Sengkang (SKTC) berkata mereka tidak memberitahu Menteri Pembangunan Negara mengenai perubahan terhadap kakitangan utama mereka dalam tempoh 30 hari seperti mana yang perlu dilakukan.

SKTC juga tidak menyiarkan pelantikan utama itu dalam tempoh 30 hari.

AHTC menjelaskan bahawa terdapat banyak perubahan dalam jawatankuasanya dan anggota majlis selepas Pilihan Raya 2020 dan kebanyakan dokumen telah diselesaikan dan dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Namun, maklumat mengenai pelantikan pengerusi jawatankuasa lewat dihantar kepada MND/HDB kerana majlis bandaran perlu lebih banyak masa untuk mengesahkannya, dan untuk memastikan penerimaan sebetulnya sebelum menghantarkan salinan terkini kepada MND/HDB," menurut AHTC.

Sejak itu, AHTC telah melantik pengurus pematuhan sejak bulan lalu untuk memantau isu seperti itu, tambahnya.

Menurut SKTC, pemberitahuan lewatnya kepada MND hanya terjadi sekali semasa tempoh ia dikendalikan oleh Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPGTC) dan Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC).

Susulan kejadian itu, kesemua pemberitahuan dan siaran dilakukan tepat pada masa, katanya.

Sementara itu, terdapat dua kejadian di mana Majlis Bandaran Jurong-Clementi (JRTC) telah silap memperuntuk wang kepada haratanah komersial dan bukan hartanah kediaman- salah satu daripadanya melibatkan dana lebihan tempat letak kereta dan satu lagi geran yang sebenarnya diperuntuk bagi menggantikan lif.

Tambahnya, beberapa pelaburan majlis bandaran juga tidak mendapatkan kebenaran yang diperlukan, namun telah mendapatkan pengesahan selepas dikendalikan oleh pihak pengurusan JRTC.

Penemuan tersebut telah diperbetulkan dan proses tambahan telah dikuat kuasa bagi mengelak kejadian serupa, kata JRTC.

Dalam kejadian berasingan, AMKTC pula telah memperuntukkan dana kepada jenis hartanah yang salah. Kenyataan yang sebetulnya telah dihantar sekali lagi untuk mendapat pengesahan.

Dalam satu kenyataan semalam, MND berkata ia telah membentangkan kenyataan kewangan kesemua majlis bandaran bagi FY2020 selepas audit ke Parlimen dan ia akan dimuat naik di laman majlis bandaran.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3