Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua 24 bandar S'pura akan miliki pusat vaksinasi masyarakat jelang hujung Mac: Chun Sing

Jan 26, 2021 | 09:01 PM



SETIAP daripada 24 bandar di Singapura ini akan mempunyai sebuah pusat vaksinasi masyarakat menjelang penghujung Mac ini sedang negara ini mempertingkat program vaksinasi Covid-19-nya.



Langkah ini akan memastikan apabila lebih banyak vaksin tiba, suntikan akan dapat diberi secepatnya kepada penduduk di Singapura khususnya warga emas, jelas Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing pada Selasa (26 Januari) sewaktu mengunjungi pusat vaksinasi masyarakat di Kelab Masyarakat (CC) Tanjong Pagar.



Lokasi ini, bersama dengan CC Teck Ghee di Ang Mo Kio adalah antara dua kemudahan pertama yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan warga emas berusia 70 tahun ke atas, dalam fasa pertama program vaksinasi serata negara.



Kemudahan-kemudahan ini berbeza sedikit daripada pusat vaksinasi yang sedia ada bagi lebih memenuhi keperluan warga emas. Ia disertakan dengan kemudahan reruai lebih besar bagi menampung kerusi roda dan kerusi dengan tempat letak tangan.



"Matlamat kami adalah menjelang penghujung Mac ini, kami akan mempunyai sebuah pusat vaksinasi masyarakat di setiap bandar...dan jika kita perlu memperluaskan langkah lebih segera kerana vaksin ini datang lebih cepat lagi, kami akan memastikan tampungan vaksinasi itu ada," jelas Encik Chan, yang juga Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, kepada akhbar The Straits Times.



Beliau menambah matlamat Singapura adalah membangun tampungan vaksinasi lebih awal daripada datangnya bekalan vaksin itu sendiri agar tampungan vaksinasi tidak akan menjadi penghalang atau menimbulkan kesulitan masalah cerutan pula.



Apabila vaksin tambahan datang, surat akan dikirimkan kepada orang ramai agar menempah slot di mana-mana pusat vaksinasi yang dibuka.



Encik Chan, yang juga timbalan pengerusi Persatuan Rakyat (PA), berkata kadar pengambilan vaksinasi di CC Tanjong Pagar agak menggalakkan dengan 300 tempahan sudah dibuat warga emas dalam tempoh dua hari.



Beliau menjangkakan lebih ramai penduduk akan tampil bagi mendapatkan suntikan sedang berita program vaksinasi ini dan kesan sampingan yang mungkin dihadapi daripada vaksin itu tersebar.



"Apabila orang ramai lebih yakin dengan proses vaksinasi ini, saya fikir kadar mereka yang ingin mendapatkan suntikan akan meningkat beransur-ansur...justeru, kita harus terus memantau situasi ini dan membuat penyesuaian kecil pada tampungan di pusat vaksinasi yang terbabit," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >