KORONAVIRUS
Semua acara melebihi 250 peserta, ditangguh, dibatalkan; warga digesa amal jarak sosial
Menteri tunjuk contoh duduk lebih jauh semasa sidang akhbar demi cegah jangkitan Covid-19
Mar 14, 2020 | 05:30 AM
MENTERI Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, duduk dengan jarak yang lebih luas - sekitar satu meter - ketika sidang media yang diadakan semalam.
Kedua-dua menteri yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak bagi rentas kementerian bagi Covid-19 di sini, mempraktikan langkah menjauhkan diri tambahan - yang turut melihat penyusunan tempat duduk wartawan diluaskan dengan jarak yang sama.