Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua agensi pemerintah sertai pendaftaran antiperdaya nasional; semak guna SMS

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mendaftarkan semua agensinya ke dalam sebuah pendaftaran antiperdaya nasional dan menyemak penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pautan boleh ditekan dalam semua komunikasinya, kata Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG).



Pendaftaran itu, yang dipanggil Pendaftaran Perlindungan SenderID, membolehkan pertubuhan menghalang mesej penipuan dihantar ke telefon bimbit pengguna.



Dalam kenyataannya semalam, SNDGG berkata langkah itu akan menjadikan ia lebih sukar bagi individu menghantar mesej penipuan yang menyamar sebagai agensi pemerintah, dan mempermudahkan usaha penjejakan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk menangkap si penipu.



SNDGG menambah bahawa pihaknya akan meneroka penggunaan wadah lain, seperti 'inbox', contohnya dalam aplikasi Singpass, bagi orang awam menerima mesej daripada agensi pemerintah.



Ia berkata meskipun penggunaan telefon bimbit bijak adalah tinggi di Singapura, komunikasi melalui SMS telah menyediakan akses meluas kepada mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit bijak atau menggunakan aplikasi.



Langkah meniadakan pautan boleh ditekan bagi urus niaga risiko rendah juga mempunyai implikasinya, dengan penipu akan mencari cara lain untuk menipu, seperti melalui e-mel, untuk menipu orang ramai supaya mengunjungi laman palsu.



"Agensi pemerintah kini diperlukan menghantar pautan yang berakhir dengan '.gov.sg', agar orang awam boleh mengenal pasti dengan mudah pautan yang boleh dipercayai.



"Kami akan memastikan semua agensi mematuhi peraturan ini. Kami akan meningkatkan usaha untuk mempertingkat kesedaran awam untuk mengesahkan bahawa suatu pautan itu adalah pautan pemerintah yang sah sebelum menekan pautan itu," kata SNDGG.



Ia menambah bahawa mereka juga akan bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk memperkukuh sistem supaya dapat mengesan percubaan masuk, atau 'log-in', palsu dari lokasi dan alat berbeza.



Ini selain mengadakan pengesahan dipertingkat, seperti memerlukan verifikasi biometrik (wajah) bagi urus niaga berisiko lebih tinggi.



Untuk mengelakkan penipu daripada menggunakan SMS dan panggilan telefon untuk menghubungi orang ramai, SNDGG turut mengingatkan orang ramai tentang aplikasi ScamShield yang telah dibangunkan untuk mengenal pasti dan menapis mesej penipuan melalui pengenalpastian kata kunci menggunakan kecerdasan buatan (AI).



Usaha yang diumumkan SNDGG itu menyusuli beberapa langkah keselamatan yang telah diperkenalkan untuk menangani kes penipuan, seperti penipuan pancingan data bank OCBC baru-baru ini.



OCBC dalam kenyataannya semalam berkata ia mempunyai pelbagai langkah keselamatan antipenipuan, seperti keupayaan bagi pelanggan menyesuaikan had pemindahan dana bagi perbankan dalam talian.



Tambahnya, OCBC tidak pernah menghantar SMS dengan pautan berhubung urus niaga perbankan. Sejak 11 Januari lalu, bank itu tidak lagi menyertakan sebarang pautan boleh ditekan dalam e-mel atau SMS pemasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >