Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua asatizah akan diwajibkan daftar di bawah ARS

Aug 21, 2016 | 07:12 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyokong usaha memperluas dan mewajibkan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) kepada semua asatizah.



Beliau berkata asatizah perlu memahami isu-isu semasa dan konteks bagaimana Islam diamalkan di Singapura, dan keperluan ini diterapkan dalam program pembangunan profesional asatizah di bawah ARS.



Menurutnya, ramai asatizah mendapati pendedahan ini perlu dan berguna, lantas ia harus diperkukuh.



"Oleh itu, saya gembira Menteri (Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam) Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan rancangan menguatkan ARS dengan meluaskannya kepada semua asatizah.



"Saya juga mengalu-alukan seruan pemimpin Melayu/Islam supaya ARS diwajibkan agar semua asatizah berdaftar di bawah skim ini. Sekarang, ARS atas dasar sukarela.



"Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) akan bekerjasama dengan Pergas dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah untuk menjadikannya wajib.



"Saya menyambut baik usaha dan azam masyarakat Melayu/Islam kita. Ini akan memberi jaminan bahawa semua guru agama di sini dapat membimbing para pelajar mereka untuk mengamalkan Islam sejajar dengan konteks berbilang kaum Singapura," ujar Encik Lee.



Beliau berkata beberapa pendakwah asing datang ke sini tanpa memahami konteks berbilang bangsa Singapura.



"Mereka menyeru supaya penganut agama dan bukan penganut dipisahkan. Mereka mengutuk orang beragama lain, dan ada kalanya, mengutuk orang seagama mereka sendiri hanya kerana mereka berlainan aliran atau mazhab.



"Mereka menganjurkan amalan dan adat yang boleh membawa padah kepada Singapura," tegas Encik Lee.



Beliau berkata ancaman pengganasan kepada Singapura semakin meruncing dan berbahaya, dan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Timur Tengah ada pengikutnya di rantau ini.



Namun, masyarakat Singapura beruntung kerana semua kaum dan kumpulan agama sebulat suara menyokong usaha membanteras pengganasan.



Mufti, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram, ujar Encik Lee, memberi panduan berguna kepada masyarakat apabila beliau menggesa umat Islam supaya berganding bahu dan mengutuk serta menolak dengan lantang semua bentuk keganasan.



"Masyarakat Islam dan bukan Islam bekerjasama untuk memperteguh perpaduan dan kefahaman silang agama. Negara kita sebuah negara berbilang agama. Penganut semua agama bersikap prakmatik dan bertolak-ansur agar kepentingan umum terjaga.



"Kita berbincang antara satu sama lain bagi meluaskan ruang bersama dan mengukuhkan identiti yang kita kongsi. Kita tidak asingkan diri daripada masyarakat lain. Kita menghormati agama lain. Kita bertukar-tukar ucap selamat bagi perayaan satu sama lain dan meraikannya bersama," ujar Encik Lee, sambil menyebut mengenai pengalaman peribadi beliau dalam hal ini.



Bagaimanapun, keadaan berbeza di tempat lain, malah ada kalanya agama sama diamalkan dalam cara berlainan.



Menurut Encik Lee, sebilangan pemimpin Islam menyuarakan kebimbangan mengenai pendakwah asing yang datang ke Singapura tanpa memahami konteks agama Islam diamalkan di sini, dan pemerintah memantau perkembangan tersebut.



Pendakwah asing - baik yang beragama Islam mahupun agama lain - pernah dilarang masuk ke Singapura, ujar beliau, kerana Pemerintah tegas dan konsisten terhadap semua agama demi mempertahan keharmonian agama di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >