Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua harus main peranan tangani perubahan iklim: Presiden Halimah

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



SEMUA individu memainkan peranan dalam mengharungi ancaman perubahan iklim, kata Presiden Halimah Yacob.



Puan Halimah, yang hadir di majlis penyampaian Anugerah Presiden bagi Sekitaran 2021 turut menggesa lebih ramai individu dan organisasi agar tampil menyumbang kepada usaha Singapura dalam menjadi lebih mampan dan berdaya tahan iklim untuk generasi seterusnya.



Di Istana semalam, Puan Halimah mengiktiraf sumbangan lima penerima Anugerah Presiden bagi Sekitaran tahun ini, yang mewakili tiga kategori - individu, institusi pendidikan dan organisasi.



Anugerah itu merupakan pengiktirafan sekitaran paling berprestij di Singapura.



Pengerusi Friends of Bukit Timah Forest, Encik Joseph Koh, dinobat penerima anugerah kategori individu, manakala Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang penerima kategori institusi pendidikan.



Anugerah kategori organisasi pula diberikan kepada DBS Singapore, Edible Garden City dan PSA Corporation Limited.



Dalam kenyataan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam, Puan Halimah berkata:



"Ia menggalakkan untuk melihat minat dan komitmen daripada pelbagai lapisan masyarakat kita dalam melindungi dan memulihara sekitaran alam semula jadi dan kehidupan kita. Dengan usaha mereka, kita melangkah ke depan dalam perjalanan pembangunan kemampanan Singapura.



"Semua orang memainkan peranan sedang kita mengharungi ancaman perubahan iklim, dan saya berharap lebih ramai individu dan organisasi akan mendapat inspirasi daripada para pemenang untuk turut menyumbang kepada Singapura yang lebih mampan dan berdaya tahan iklim untuk generasi masa akan datang."



Anugerah dwitahunan anjuran MSE itu mengiktiraf sumbangan berterusan juara alam sekitar daripada sektor 3P - Individu, Swasta dan Awam - dan bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakan masyarakat tampil menangani cabaran sekitaran.



Tahun ini, ia menarik sejumlah 69 pencalonan.



Menteri Negara (Kemampanan dan Sekitaran) Desmond Tan berkata jumlah pencalonan tahun ini lebih dua kali ganda berbanding diterima pada 2019.



"Ia mencerminkan komitmen bersama yang semakin meningkat antara warga Singapura dengan rakan kongsi dalam sektor 3P untuk mengambil tindakan terhadap iklim dan melindungi sekitaran kita," kata Encik Tan, yang juga pengerusi panel penilai Anugerah Presiden bagi Sekitaran 2021.



Pengetua Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Cik Ng Chuen-Yin, berkata:



"Perubahan iklim masalah sangat mendesak yang menjejas kita semua.



"Oleh itu, melindungi alam sekitar tanggungjawab semua. Kami berharap bahawa pelajar berfungsi sebagai ejen perubahan dalam memimpin diri mereka sendiri dan orang lain dalam misi penting ini."



Pengasas bersama dan pengarah eksekutif Edible City Garden, Encik Bjorn Low pula berkata:



"Perjalanan masih jauh untuk ketahanan makanan, dan kami ingin memperluas gerakan ini bersama dengan masyarakat lain di Singapura."



Encik Koh, yang sudah sekitar sedekad terlibat dalam usaha pemuliharaan biodiversiti dan sekitaran di sini, mahu melihat masyarakat di Singapura meneruskan usaha kemampanan, melebihi Pelan Hijau Singapura 2030, untuk merealisasikan visi negara sebagai Bandar dalam Alam Semula Jadi.



"Kita harus terus menjadi percikan hijau yang terang di pulau titik merah ini: satu sumber kebanggaan baru dan satu lagi tonggak identiti nasional kita," katanya.




"Semua orang memainkan peranan sedang kita mengharungi ancaman perubahan iklim, dan saya berharap lebih ramai individu dan organisasi akan mendapat inspirasi daripada para pemenang untuk turut menyumbang kepada Singapura yang lebih mampan dan berdaya tahan iklim untuk generasi masa akan datang."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >