Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua jemaah haji S'pura selamat pulang ke tanah air

Sep 19, 2018 | 05:30 AM



SEMUA jemaah haji Singapura telah pulang menunaikan rukun Islam kelima.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kelmarin berkata kumpulan terakhir jemaah haji itu tiba di Singapura Ahad lalu.



Ketua Delegasi dan Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa, sebelum ini menyatakan musim haji tahun ini merupakan antara yang terbaik bagi jemaah Singapura dalam tempoh 15 tahun.



Beliau berkata ini tidak mungkin terhasil tanpa bantuan Kedutaan Arab Saudi, dan kakitangan pihak berkuasa negara itu yang memainkan peranan penting melicinkan pengalaman haji yang lancar kepada jemaah haji tahun ini.



Seramai 900 jemaah Singapura menunaikan ibadah haji tahun ini di bawah kuota rasmi baru selepas Singapura menerima tambahan 100 tempat haji daripada kerajaan Saudi, berbanding kuota rasmi 800 tahun lalu.



Tiada sebarang insiden besar dilaporkan berlaku kecuali cuaca panas dan ribut pasir.



Dalam kenyataannya, Muis melahirkan penghargaan kepada pelbagai pertubuhan Saudi yang membantu dalam memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah haji dijaga - pihak berkuasa Kesihatan Saudi; Muassasah Asia Tenggara; dan pegawai Maktab yang terlibat secara langsung dalam penyediaan perkhidmatan di Arafah dan Mina, dan Medina Adillah yang memberi bantuan semasa mereka di Madinah.



Hampir 2.4 juta jemaah dari serata dunia menunaikan haji tahun ini, termasuk 1.7 juta jemaah asing, menurut Penguasa Statistik Saudi.



Ribuan pegawai pasukan keselamatan, termasuk polis dan pertahanan awam, dikerahkan semasa musim haji ini, menurut pihak berkuasa Saudi.



Muis juga melahirkan penghargaan kepada Persatuan Agen Pelancongan Islam (Amtas) dan ejen penjualan (GSA) atas kejayaan musim haji 2018/1439H.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >