Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua jemaah haji yang layak telah diberi surat tawaran rasmi Muis

May 06, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA jemaah Singapura yang layak telah menerima surat tawaran rasmi Haji 2022 dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam dengan majoriti dijangka menerima tawaran tersebut.



Seramai 407 jemaah, terdiri daripada mereka yang sebelum ini sepatutnya melakukan ibadah haji pada 2020, diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu selepas memenuhi syarat baru yang ditetapkan Kementerian Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi (KSA).



Ini termasuk memenuhi kriteria usia di bawah 65 tahun dan sudah divaksin penuh.



Calon jemaah terdiri daripada mereka yang berusia antara 25 hingga 65 tahun dengan lebih 80 peratus berusia 50 tahun ke atas, kata Muis, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) semalam.



Awal bulan lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara dibenarkan melakukan ibadah itu tahun ini, namun menetapkan syarat bahawa ia hanya bagi mereka yang berusia bawah 65 tahun dan sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 sepenuhnya.



Susulan pengumuman tersebut, Muis mendedahkan bahawa 407 tempat diperuntukkan bagi jemaah Singapura, 45 peratus daripada kuota rasmi negara sebanyak 900 jemaah sebelum ini.



Peruntukan tersebut dikhaskan bagi jemaah yang sepatutnya menunaikan haji dua tahun lalu, dan kini memenuhi syarat dan peraturan haji 2022.



Jemaah lain yang nama mereka dalam senarai Sistem Pendaftaran Haji akan secara automatik, mengikut giliran mereka berdasarkan senarai untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun-tahun mendatang.



Calon jemaah yang terpilih telah menerima e-mel dan SMS minggu lalu, memaklumkan bahawa mereka bakal diberikan surat tawaran rasmi semalam.



Muis berkata kesemua jemaah yang sepatutnya menunaikan haji dua tahun lalu dan memenuhi syarat kelayakan tahun ini telah membuat pilihan sama ada untuk menerima tawaran atau menangguhkan ibadah haji mereka.



"Mereka yang tidak memberikan respons kepada pertanyaan yang kami hantarkan pada Februari 2022 telah diberikan surat susulan pada Mac 2022 serta dihubungi dalam usaha kami mendekati dan memastikan pilihan mereka," ujarnya.



Rata-rata kesemua calon jemaah yang terpilih mengutarakan kegembiraan mereka diberi peluang ke Tanah Suci bagi ibadah haji selepas dua tahun.



Namun bagi sebilangan jemaah, rasa teruja diberi peluang itu berbaur sedikit kesedihan apabila tidak dapat beribadah bersama anggota keluarga yang tidak memenuhi syarat haji tahun ini.



Meskipun tergolong antara jemaah yang layak tahun ini, Cik Hamidah Hamzah, 57 tahun, memutuskan untuk tidak menerima tawaran tersebut kerana ingin menunggu giliran menunaikan haji bersama suaminya.



Suaminya, Encik Mohd Safwan Abdullah, 65 tahun, tidak memenuhi kriteria kelayakan usia yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.



Bagi Encik Hussain Wan Sulong pula, beliau menggalakkan isterinya, Cik Sharifah Thalha, merebut peluang yang diberikan untuk menunaikan haji, walaupun beliau sendiri tidak memenuhi kriteria usia.



Encik Hussain, 70 tahun, berkata: "Kita pun tak tahu bila lagi dapat ditawarkan peluang ini, jadi saya reda isteri saya ke sana dulu."



Jemaah Singapura boleh memilih antara 10 pakej haji yang ditawarkan dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji tahun ini.



Mereka terdiri daripada IGSA Halijah Travels dan Shahidah Travel & Tours serta syarikat Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >