Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Semua kanak-kanak SG terima pelbagai manfaat pemerintah tanpa kira status kahwin ibu bapa: Indranee

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



SEMUA kanak-kanak warga Singapura menerima pelbagai manfaat daripada pemerintah untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka, tanpa mengira status perkahwinan ibu bapa mereka, kata Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah.



Malah tambahnya, ibu yang bekerja juga, tanpa mengira status perkahwinan mereka, mendapat cuti bersalin 16 minggu yang dibayar pemerintah serta cuti penjagaan anak yang lain.



"Dengan cara ini, kami menyokong semua ibu bapa, termasuk ibu belum bernikah yang bekerja, untuk memberi anak mereka peluang pendidikan dan penjagaan kesihatan yang baik supaya mereka dapat mencapai potensi penuh mereka," ujarnya.



Cik Indranee berkata Pelepasan Anak untuk Ibu Yang Bekerja (WMCR) dan Rebat Cukai Keibubapaan (PTR) diperkenal untuk menggalak wanita terus bekerja selepas berkahwin dan melahirkan anak serta menyokong keibubapaan dalam perkahwinan.



Oleh itu, dasar ini harus dilihat dalam konteks itu dan ia juga mencerminkan norma serta nilai masyarakat di Singapura kini.



Cik Indranee berkata demikian semasa menjawab Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) yang bertanya tentang hasil semakan Kementerian Kewangan (MOF) terhadap WMCR dan PTR di Parlimen semalam.



"Pemerintah akan terus bekerjasama dengan rakan kerja masyarakat kami untuk menyokong ibu bapa tunggal yang mudah terjejas.



"Mereka yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi Pejabat Khidmat Sosial (SSO) berdekatan mereka," ujarnya.



Encik Ng juga meminta MOF melihat isu ini bukan daripada perspektif dolar cukai tetapi daripada perspektif sama ada dasar negara ini boleh mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif.



"Saya harap MOF akan menyemak isu ini lagi dan merangkumkan ibu bapa tunggal yang belum bernikah dalam PTR serta WMCR bagi kaum ibu," katanya.



Cik Indranee berkata pemerintah juga komited menyokong ibu tunggal namun dari segi langkah cukai tertentu dan bagaimana ia dikendali, beliau menarik perhatian bahawa langkah cukai tertentu pada asalnya dihasilkan dengan matlamat sosial tertentu.



Oleh itu, perlu berhati-hati sebelum menganggap bahawa langkah yang bertujuan memenuhi satu matlamat sosial boleh digunakan atau dilanjutkan untuk memenuhi matlamat sosial yang lain.



Tambahnya, situasi sekarang juga lebih baik berbanding 16 tahun lalu ketika beliau bercakap tentang keprihatinan ibu tunggal belum bernikah yang berasa terkecuali dalam masyarakat.



Cik Indranee berkata pemerintah akan terus meningkatkan situasi mereka dan diharapkan, tanpa terlalu menjejas keselesaan masyarakat dari segi nilai masyarakat.



"Kami tidak akan melupakan ibu tunggal sama ada mereka bekerja atau tidak.



"Dan kami akan memastikan anak itu diberi setiap peluang untuk mendapat sokongan dan kami juga akan menyokong ibunya," ujar beliau.



Antara sokongan yang setiap kanak-kanak warga Singapura dapat nikmati termasuk manfaat Akaun Pembangunan Anak (CDA) termasuk Geran Langkah Pertama CDA sebanyak $3,000 serta padanan sedolar bagi sedolar oleh pemerintah.



Secara keseluruhannya, seorang anak Singapura turut menerima subsidi pendidikan berjumlah lebih $180,000 menjelang usia 16 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >