Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua kelompok Covid-19 di pusat pertukaran bas ditutup, 99% pekerja barisan hadapan pengangkutan awam divaksin: LTA

Oct 20, 2021 | 05:14 PM



KESEMUA lapan kelompok Covid-19 di pusat pertukaran bas telah ditutup, dengan kelompok terakhir di Pusat Pertukaran Bas Tampines ditutup pada 15 Oktober, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa malam (19 Okt).


Ini sekitar dua bulan selepas dua kelompok pertama melibatkan pusat pertukaran bas, di Bishan dan Sengkang, diumumkan pada 14 Ogos.


Hingga 7 September, sejumlah 537 kes telah dikaitkan dengan lapan pusat pertukaran bas di serata negara, dan pada 10 September, LTA berkata penumpang harus bersedia menunggu lebih lama untuk beberapa bas, kerana beberapa ratus pemandu dijangkiti virus itu, atau diletakkan di bawah kuarantin atau notis jangan keluar rumah.


Pada Selasa, jurucakap LTA memberitahu The Straits Times bahawa hingga 16 Oktober, sekitar 99 peratus pekerja barisan hadapan pengangkutan awam telah divaksin sepenuhnya, sementara sejumlah 49 pemandu bas dari beberapa pusat pertukaran bas sedang beransur pulih daripada jangkitan itu.


Mereka terdiri daripada 14 pemandu dari pusat pertukaran bas Tampines, satu dari Boon Lay, empat dari Jurong East, lapan dari Clementi, enam dari Toa Payoh, sembilan dari Punggol, lima dari Sengkang dan dua dari Bishan.


Jurucakap itu menambah bahawa masa menunggu bagi sebahagian besar perkhidmatan bas telah dikekalkan, tanpa memberi kesan besar kepada penumpang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >