Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua majlis bandaran PAP akan tingkat usaha sokong Rancangan Hijau 2030

May 16, 2021 | 05:30 AM



KESEMUA Majlis Bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan meningkatkan usaha dan perancangan mereka dalam menyokong Rancangan Hijau Singapura 2030, kata PAP semalam.



Sebuah inisiatif yang dipanggil Action for Green Towns adalah kerjasama antara 15 Majlis Bandaran untuk meningkatkan amalan kemampanan dalam masyarakat.



Inisiatif ini akan melibatkan rakan kongsi, pemimpin kemampanan, pihak berkepentingan dan penyedia perkhidmatan untuk berusaha menjadikan setiap kawasan PAP menjimatkan tenaga, sifar sampah dan lebih hijau menjelang 2025.



Penduduk akan memainkan peranan penting dalam membentuk pelan hijau di kawasan mereka.



Mereka akan terlibat dalam seluruh prosesnya, iaitu dari maklum balas hingga pelaksanaan.



Antara inisiatif ini merangkumi inisiatif menjimatkan tenaga dengan penukaran kepada lampu LED, inisiatif menjimatkan air dengan menggunakan jet air untuk pembersihan, inisiatif pengangkutan dengan menyediakan lebih banyak rak basikal untuk penduduk dan kompos makanan.



Dalam sidang akhbar semalam, Ketua penyelaras Majlis Bandaran PAP yang juga Anggota Parlimen (AP) Mountbatten, Encik Lim Biow Chuan, berkata:



"Kesan perubahan iklim tidak boleh diabaikan dan kita perlu mengambil tindakan untuk memastikan bahawa kita mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik dan mampan bagi penduduk kita.



"Ini penting untuk ditangani disebabkan keadaan darurat global kini dan itulah sebabnya kemampanan harus menjadi tunggak amalan pengurusan masyarakat kita.



"Saya percaya bahawa kita dapat membuat perbezaan positif di estet kita, apabila melaksanakan untuk menerapkan cara hidup yang lebih hijau bersama semua."



Setiap Majlis Bandaran PAP akan mempunyai Juara Kemampanan antara anggota yang terpilih dalam pasukan petugas Action for Green Towns.



Sebanyak 15 Juara Kemampanan ini, bersama dengan wakil PAP Muda, akan membentuk pasukan petugas Action for Green Towns, yang diketuai oleh Ketua Majlis Bandaran yang juga AP Jalan Besar, Dr Wan Rizal Zakariah.



Antara lain, pasukan petugas ini juga akan merujuk kepada pakar dan penyokong kemampanan dalam industri, persatuan bukan mencari untung (NGO) dan masyarakat awam untuk memberi nasihat dan membantu menyumbang idea untuk memaksimumkan penyertaan dan penglibatan.



"Kami akan mengkaji apa yang sedang dilakukan di dalam dan luar negara dan merumuskan peta kemampanan agar semua Majlis Bandaran PAP dapat menerapkannya dalam pengurusan kawasan mereka," ujar Dr Wan Rizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >