Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua masjid ditutup sehingga 26 Mac

Masagos: Tambahan sembilan hari bagi lengkapi tempoh inkubasi; Muis akan ambil langkah lebih ketat kurangi penularan Covid-19 apabila masjid dibuka semula
Mar 17, 2020 | 05:30 AM



SEMUA 70 masjid setempat ditutup selama sembilan hari lagi sehingga 26 Mac ini, setelah ditutup lima hari mulai Jumaat lalu, menjadikan sejumlah 14 hari masjid ditutup.



Ini juga bermakna solat Jumaat minggu ini akan dibatalkan.



Langkah itu diambil setelah terdapat kebimbangan mengenai risiko berlakunya penularan koronavirus Covid-19 kelompok kumpulan jemaah warga Singapura yang menyertai satu perhimpunan di Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.



Mengumumkan demikian dalam satu sidang media di Hab Islam semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata isu kelompok jemaah itu masih menjadi keprihatinan sedang lima jemaah itu kini disahkan dijangkiti Covid-19.



Ini walaupun langkah-langkah lebih ketat telah diambil termasuk penutupan lima hari semua masjid, memandangkan masih ada risiko jangkitan daripada individu jemaah itu kepada masyarakat Muslim lain yang mempunyai hubungan rapat dengan individu tersebut, atau yang telah pergi ke 10 masjid yang telah dikunjungi kelompok jemaah tabligh itu.



"Oleh itu, Muis dengan perundingan bersama MOH (Kementerian Kesihatan) berpendapat bahawa risiko penularan menjadi lebih besar daripada peserta majlis agama yang besar di Malaysia itu adalah benar.



"Kewajaran agama untuk menutup masjid dan menggantung solat Jumaat, dari segi fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa, tetap sahih.



"Dengan perkara ini, Muis menerima saranan MOH untuk melanjutkan penutupan masjid kita bagi selama sembilan hari lagi sehingga 26 Mac ini, melengkapkan tempoh inkubasi (14 hari) bagi memecahkan kitaran jangkitan," kata Encik Masagos.



Apabila masjid dibuka semula, beliau berkata Muis akan mengambil beberapa langkah lebih ketat untuk mengawal penularan Covid-19.



Ini termasuk kewajipan mengambil pemeriksaan suhu badan jemaah; melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti mereka yang tidak sihat; melaksanakan pengambilan maklumat bagi tujuan penjejakan kontak; menggalak jemaah membawa sejadah kecil dan telekung sendiri; dan tidak bersalaman selepas solat.



Sementara itu, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata fatwa penutupan yang dikeluarkan negara ini sejajar dengan fatwa yang dikeluarkan negara Islam dan cendekiawan Muslim berkaitan penutupan masjid.



"Semua fatwa ini adalah konsisten, bahawa semua kegiatan agama khususnya bersolat jemaah harian dan solat Jumaat harus dibatalkan.



"Di sebilangan negara mereka menutup masjid mereka dan malah mereka tidak menetapkan tempoh pembukaan semula masjid mereka," ujar beliau.



Untuk 'melepaskan rindu' jemaah setempat berkaitan ketiadaan laungan azan semasa masjid ditutup, Mufti berkata laungan azan yang diubah suai akan dilakukan di masjid setempat walaupun ia ditutup.



Sementara itu, Encik Masagos juga mengumumkan bahawa apabila masjid dibuka semula, satu projek perintis melibatkan empat masjid - An-Nur, Mujahidin, Muhajirin dan Maarof - akan dilakukan dengan disediakan dua waktu berasingan bagi solat Jumaat.



Ini bagi melihat dan belajar bagaimana operasi projek itu dapat dilakukan dan kemudian boleh dilakukan di semua masjid serata negara.



Sehingga 12 tengah hari semalam, Singapura mencatatkan 17 kes baru Covid-19 - kenaikan tertinggi dalam tempoh sehari - menjadikan kesemua 243 kes.



Sementara itu, Malaysia semalam mengumumkan penutupan masjid di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain selama 10 hari bermula hari ini sehingga 26 Mac ini.



Di peringkat dunia, kira- kira 153,517 kes jangkitan yang disahkan sehingga kelmarin, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan sekitar 5,750 kematian dilaporkan.




LANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA MASJID



Semua masjid terus tutup hingga 26 Mac 2020 

 • Risiko kelompok besar terbentuk daripada peserta himpunan agama besar di M'sia

 • Lanjutan penutupan lengkapi tempoh inkubasi 14 hari bagi lenyapkan kitaran penyebaran

 • Tiada solat Jumaat pada 20 Mac 2020 



Memenuhi keperluan kerohanian masyarakat

 • Masjid akan laungkan azan sesuai untuk laksanakan solat di rumah

 • Lebih banyak ceramah, kandungan pembelajaran Islam dalam talian



Bila masjid dibuka semula, langkah dipertingkat akan dilaksana bagi kekang penyebaran Covid-19 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >