Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Semua orang berperanan wujud tempat kerja berbilang generasi

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



SEMUA orang harus memainkan peranan mewujudkan tempat kerja berbilang generasi yang berkesan, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, di Parlimen semalam.



Cik Gan bercakap demikian dalam respons kepada usul penangguhan Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan Soon Neo (GRC East Coast) mengenai 'Kebolehpasaran Warga Emas: Pekerjaan yang bermakna dan nilai untuk perniagaan dan Singapura'.



Beliau berkata bahawa tempat-tempat kerja berbilang generasi menjadi satu kebiasaan sedang warga Singapura menua.



"Para pekerja emas sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk tanggapan terhadap mereka.



"Mereka harus bersikap terbuka terhadap perubahan peranan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran baru yang seiring dengan kemajuan teknologi dan perubahan dalam cara bekerja," ujar beliau yang menyatakan bahawa tenaga kerja berbilang generasi juga boleh menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan melalui pementoran dan sebaliknya di kalangan generasi yang berbeza.



Berucap di parlimen semalam, Cik Tan berkongsi beberapa pandangan daripada tinjauan dan perbincangan kumpulan fokus (FGD) mengenai pekerjaan warga emas.



"Warga emas berkongsi bahawa mereka mahu terus bekerja serta melakukan kerja-kerja yang memanfaatkan keupayaan mereka.



"Motivasi utama mereka adalah kepuasan yang diperoleh daripada sumbangan yang dibuat di tempat kerja, antara motivasi ekonomi atau sosiologi yang lain," kata beliau.



Namun demikian, Cik Tan menyatakan bahawa usia dan keperluan berterusan untuk mempelajari kemahiran baru untuk kekal relevan merupakan dua cabaran dan pengalaman utama yang dikongsi oleh warga emas.



Beliau menyarankan perubahan struktur dalam dasar-dasar seperti pembelajaran dan model pekerjaan untuk membolehkan warga emas mempunyai pekerjaan yang lebih bermakna.



"Apa yang diperlukan adalah untuk menjadikan pembelajaran yang sistemik untuk semua pekerja dan bukan hanya warga emas,



"Ini akan membolehkan warga emas untuk mempunyai pekerjaan yang lebih bermakna dan majikan serta Singapura untuk memanfaatkan potensi segmen ini dengan berkesan dan kumpulan bakat yang semakin meningkat," ujar beliau.



Dalam respons beliau, Cik Gan menyatakan bahawa pihak pemerintah telah lama memberi penekanan yang kuat untuk meningkatkan daya kerja para pekerja warga emas, dan telah mencapai kemajuan yang baik dalam usaha ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >