Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua pasar dan pusat penjaja di S'pura kini perlukan daftar masuk TraceTogether

Jul 30, 2021 | 07:42 PM



PENGUNJUNG ke semua pasar dan pusat penjaja di Singapura kini perlu mendaftar masuk dengan aplikasi atau token TraceTogether mereka.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (30 Julai) berkata ia telah bekerjasama dengan majlis bandaran, pengendali dan agensi lain untuk secara berperingkat melaksanakan kawalan kemasukan dengan SafeEntry di semua lokasi itu.


"Bagi memudahkan kemasukan selamat ke pasar dan pusat penjaja, semua pelanggan, pegerai dan penolong gerai mesti membawa dan menggunakan aplikasi atau token TraceTogether mereka untuk diimbaskan pada pembaca SafeEntry Gateway," kata NEA. Aplikasi TraceTogether juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR untuk mendaftar masuk, tambahnya.


"NEA dan majlis bandaran akan mengerahkan kakitangan secara berperingkat untuk membantu dengan daftur masuk SafeEntry di tempat masuk ke pasar dan pusat penjaja."


Langkah memasang kepungan sementara dan mewajibkan SafeEntry menggunakan TraceTogether terdahulu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 20 Julai.


Langkah yang diperketat itu bertujuan mangawal lonjakan kes Covid-19 di pasar dan pusat makanan yang berkemungkinan besar tercetus apabila penjual ikan mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong untuk mengambil stok makanan laut mereka.


Kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong sudah menjadi yang terbesar di sini dengan 321 kes apabila MOH mengumumkan langkah yang dipertingkat itu Selasa lalu.


Pada petang Jumaat, terdapat 997 kes Covid-19 yang berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim, menurut MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >