Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua pelajar akan lalui Pendidikan Kesihatan Mental

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



SEMUA pelajar sekolah rendah, menengah dan prauniversiti akan melalui Pendidikan Kesihatan Mental, sebahagian Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) sedia ada, dalam masa dua tahun akan datang.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata pendidikan kesihatan mental sudah pun diajarkan kepada semua pelajar menengah bawahan kini.



Ia bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran membina daya tahan, memperkukuh kesejahteraan mental dan membantu mereka mengatasi cabaran yang mungkin dihadapi.



Pengumuman itu merupakan kemas kini usaha Kementerian Pendidikan (MOE) memperkukuh kesihatan mental pelajar berikutan kenyataan kementerian yang disampaikan sebagai respons kepada kejadian pembunuhan di Sekolah Tinggi River Valley awal tahun ini.



Encik Chan hadir di Muzium Nasional Singapura dan memberi ucapan semalam sempena pelancaran buku elektronik hasil 'Project: It'll Be Alright'.



GURU-GURU telah disediakan dengan sumber praktikal pedagogi serta peralatan untuk memantau dan menyokong kesejahteraan pelajar sedang Kementerian Pendidikan (MOE) berusaha menyediakan Pendidikan Kesihatan Mental bagi semua pelajar sekolah rendah, menengah dan pra-universiti dalam dua tahun mendatang.



Pelajaran ini, sebahagian Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), sudah pun diajarkan kepada semua pelajar peringkat menengah bawahan, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Encik Chan telah memberi perkembangan terkini usaha kementeriannya itu meningkatkan daya tahan dan mengukuhkan kesejahteraan pelajar semasa menyampaikan ucapan sempena pelancaran e-buku hasil Project: It'll Be Alright semalam.



Beliau menambah, sejak September lalu, semua sekolah telah mengetepikan masa dan ruang pada permulaan setiap penggal bagi guru memantau kesejahteraan pelajar mereka.



"Guru telah dilengkapi dengan sumber praktikal pedagogi dan alat untuk memantau dan menyokong kesejahteraan pelajar mereka.



"Aktiviti pelajaran juga telah direka bagi membantu guru-guru memulakan perbualan dengan pelajar demi berkongsi dan membincangkan isu-isu kesejahteraan, menekankan komitmen pelajar untuk saling prihatin antara satu sama lain.



"Ini akan menjadi ciri utama dalam usaha sekolah-sekolah memantau secara proaktif kesejahteraan pelajar kami," ujar Encik Chan.



Beliau turut menambah bahawa semua sekolah mempunyai struktur sokongan rakan sebaya dan akan terus memperkasa lebih ramai pelajar untuk meninggalkan kesan dalam masyarakat sekolah mereka.



Ini akan dilakukan dengan meluaskan jangkauan dan mendalami keupayaan kumpulan-kumpulan bantu diri yang diterajui rakan sebaya tersebut.



Selain pelajar, MOE juga mendapatkan sokongan ibu bapa dalam usaha sama memastikan kesejahteraan mental pelajar terpelihara.



Ini dilakukan melalui kumpulan sokongan ibu bapa (PSG) di sekolah.



Sebanyak 25 PSG sudah pun meluaskan peranan mereka untuk berhubung antara satu sama lain bagi menghulurkan bantuan kepada ibu bapa yang kanak-kanak mereka memerlukan sokongan lebih.



"Ada yang berkongsi sumber dan memberitahu ibu bapa lain talian bantuan masyarakat yang boleh dihubungi, ada juga yang menganjurkan sesi perkongsian antara ibu bapa untuk bertukar-tukar tips dan nasihat bagi mengenal pasti ciri-ciri tekanan dan cara mendapatkan bantuan," jelas Encik Chan.



Di peringkat lebih luas pula, katanya, MOE sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan agensi lain untuk membantu belia dan ibu bapa mendapatkan akses lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan awam yang lebih diselaraskan.



Ini dilakukan dengan bekerjasama dengan dan memperkasa ibu bapa untuk mengukuhkan dan menyokong kesejahteraan anak-anak mereka dan memanfaatkan potensi teknologi digital dan media sosial sambil menangani kesan negatifnya terhadap kesejahteraan mental belia.



"Isu-isu yang menjejas kesejahteraan mental adalah rencam. Semua rakan kongsi - ibu bapa, keluarga, masyarakat, sektor awam dan privet dan belia sendiri - perlu bekerjasama jika kita mahu meninggalkan kesan terhadap kesejahteraan mental para belia kita," kata Encik Chan, sambil menambah:



"Sebagai satu masyarakat, kita mesti mencari jalan meluaskan definisi kejayaan.



"Ini merupakan perubahan budaya asas yang perlu kita lakukan, kita harus memberitahu anak-anak kita bahawa kejayaan bukan sahaja berdasarkan prestasi mereka dalam peperiksaan.



"Sebagai satu masyarakat, kita mahu mengalu-alukan kepelbagaian bakat yang hanya akan mengukuhkan daya tahan negara kita," tekan beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >