Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENIPUAN SMS OCBC

Semua pelanggan OCBC terjejas terima pembayaran muhibah penuh

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



SEMUA pelanggan OCBC yang terjejas dalam kes penipuan pancingan data SMS baru-baru ini akan menerima "pembayaran muhibah penuh" meliputi jumlah kerugian mereka, kata Bank OCBC dalam satu kenyataan semalam.



Lebih 100 mangsa telah menerima pembayaran dan bank akan mengatur pembayaran dengan semua baki pelanggan terjejas menjelang minggu depan, tambahnya.



"Kami mengharapkan pemahaman dan kesabaran pelanggan kami kerana pengesahan menyeluruh bagi setiap kes memerlukan masa untuk memastikan ketepatannya.



"Proses ini perlu supaya setiap kes dilayan secara adil dan betul," kata Ketua Eksekutif Kumpulan OCBC, Cik Helen Wong.



"Kami memohon maaf kerana mengambil lebih banyak masa daripada jangkaan untuk menyelesaikan masalah dengan pelanggan kami semasa tempoh kesusahan dan kebimbangan ini," katanya.



Cik Wong berkata bank itu telah menghubungi pelanggan yang mungkin tidak menyedari bahawa kegiatan perbankan mereka terdedah kepada penipuan pancingan data.



"Ini telah membantu menghalang lagi 200 dan lebih ramai pelanggan daripada menjadi mangsa penipuan itu," tambahnya.



Hampir 470 pelanggan OCBC kehilangan sekurang-kurangnya $8.5 juta pada Disember lalu akibat penipuan pancingan data.



Sesetengah mangsa telah kehilangan simpanan sepanjang hayat yang dibina selama bertahun-tahun untuk keluarga mereka.



Mangsa menerima mesej SMS yang tidak diminta kononnya dari bank, mendakwa terdapat masalah dengan akaun perbankan mereka dan mereka terpaksa mengklik pada pautan yang diberikan dalam mesej untuk menyelesaikan isu itu.



Pautan itu membawa mangsa ke laman web bank palsu dan mangsa diminta memasukkan butiran log masuk akaun perbankan Internet mereka.



Ramai mangsa terkini tertipu kerana nama penghantar SMS "OCBC" telah dipalsukan oleh penipu, dan mesej SMS palsu dikumpulkan dalam rangkaian SMS yang sama dengan yang tulen dihantar sebelum ini oleh OCBC untuk kata laluan sekali (OTP) dan makluman transaksi.



OCBC berkata pada hari Isnin ia telah membuat pembayaran muhibah kepada pelanggan yang terjejas sejak 8 Jan.



Dalam satu kenyataan berasingan Isnin lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan terhadap OCBC dan ia mengharapkan supaya semua pelanggan dilayan secara adil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >