Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Semua pelawat dari Hong Kong perlu jalani SHN di kemudahan khusus mulai 13 Dis malam

Setempat
27
0

Semua pelawat dari Hong Kong perlu jalani SHN di kemudahan khusus mulai 13 Dis malam

Dec 12, 2020 | 01:02 PM

SEMUA pelawat yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan ke Hong Kong sepanjang tempoh 14 hari yang lalu akan diperlukan menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan SHN khusus mulai Ahad (13 Disember) 11.59 malam, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Pelawat tersebut tidak lagi dibenarkan menjalani SHN di kediaman mereka.

Namun semua pelawat, kecuali Warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang memasuki Singapura mulai 18 Disember, 11.59 malam, dan mempunyai sejarah perjalanan dalam 14 hari yang lalu ke Hong Kong akan diperlukan menjalani ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) Covid-19, dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat, tambah MOH.

Butiran tersebut dimaklumkan MOH dalam satu kenyataan pada Jumaat (11 Dis) malam. Ia berkata:

"Pasukan Bertindak berbilang Kementerian telah memantau dengan teliti keadaan Covid-19 di taraf sedunia dan akan memperketatkan langkah berjaga-jaga di sempadan disebabkan keadaan wabak yang semakin teruk di Hong Kong."

Sebelum ini MOH telah mengumumkan semua pelawat dari Hong Kong telah dibenarkan untuk menjalani SHN di kediaman mereka.

Memandangkan terdapat risiko penularan dalam masyarakat yang lebih tinggi baru-baru ini, semua pelawat tersebut perlu menjalani SHN sepanjang 14 hari itu di kemudahan SHN yang khusus, jelas MOH.

Namun, pelawat dari Fiji, Republik Korea, Sri Lanka, Thai Land dan kini, Hong Kong, Travellers from Fiji, Republic of Korea, Sri Lanka, Thailand dan kini Hong Kong dibenarkan untuk memohon keluar daripada menjalani SHN itu di kemudahan khusus dan duduk di kediaman mereka jika mereka memenuhi kriteria berikut:

Pertama, mereka tidak melawati negara lain selain negara atau rantau tersebut dan kedua; mereka perlu menetap di kediaman mereka secara keseorangan atau bersama dengan isi rumah lain yang turut merupakan individu yang sedang menjalani SHN serta mempunyai sejarah perjalanan dan tempoh SHN yang sama.

"Ujian Covid-19 juga akan dilaksanakan sebelum tamatnya tempoh SHN itu," kata MOH.

Tambahan lagi, pelawat yang bukan warga Singapura atau PR dan mempunyai sejarah perjalanan ke Hong Kong selama tempoh 14 hari sebelum memasuki Singapura, akan diperlukan menjalani ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat

"Para pelawat perlu membuktikan keputusan ujian Covid-19 yang negatif sebagai satu kaedah untuk mendapat izin masuk ke Singapura," tambah MOH lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3