Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Semua pelawat divaksin boleh masuki SG, tanpa perlu VTL

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Semua pelawat divaksin boleh masuki SG, tanpa perlu VTL

Mar 24, 2022 | 01:03 PM

SEMUA pelawat yang divaksin terhadap Covid-19 dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh memasuki Singapura dengan hanya mengambil ujian Covid-19 sebelum berangkat mulai 11.59 malam pada 31 Mac.

Dalam langkah paling ketara membuka semula sempadan Singapura, pelancong tidak lagi perlu mengambil penerbangan yang ditetapkan untuk memasuki Singapura tanpa kuarantin, dan tidak perlu mengambil ujian pantas antigen (ART) Covid-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Tiada lagi kuota akan ditetapkan bagi bilangan ketibaan setiap hari, dan semua pengunjung sudah divaksin juga tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan.

Dasar sempadan baru itu akan menjadikan pengalaman pelancongan hampir sama seperti sebelum pandemik.

Skim perjalanan baru, yang dinamakan Rangka Kerja Perjalanan Vaksinasi, akan menggantikan skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) sedia ada.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (24 Mac) berkata ujian dua hari sebelum berlepas, bagaimanapun, akan dikekalkan buat masa ini.

"Kami akan terus memantau situasi Covid-19 setempat dan global dan akan mempertimbangkan langkah meniadakan keperluan ujian sebelum berlepas dalam beberapa minggu akan datang," kata MOH.

Pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek berumur 13 tahun ke atas yang tidak divaksin sepenuhnya secara amnya tidak dibenarkan memasuki Singapura.

Tetapi pengecualian akan dibuat untuk pemegang pas jangka panjang yang tidak layak divaksin atas sebab perubatan, pemegang pas jangka panjang berumur 13 hingga 17 tahun, serta pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan kelulusan kemasukan sah yang lain.

Pelawat ini dikehendaki mengambil ujian dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Singapura, menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) selama tujuh hari, dan mengambil ujian tindak balas rantai polimerase di akhir tempoh SHN mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3