Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua pembeli flat HDB nikmati pemilikan ke atas hartanah mereka

* Salah secara fakta dan undang-undang dakwa pembeli flat HDB tidak memiliki flat mereka dan sekadar menyewanya * Pemilik juga boleh jual hartanah mereka dan meraih keuntungan daripada sebarang kenaikan, atau menyewakannya jika mereka mahu
Sep 05, 2018 | 05:30 AM



ADALAH "salah secara fakta dan undang-undang" untuk mendakwa bahawa pembeli flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak memiliki flat mereka dan sekadar menyewanya, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.



Ini kerana semua pembeli hartanah pegangan pajak - sama ada awam atau privet - menikmati hak pemilikan ke atas hartanah mereka semasa tempoh pajakan.



"Mereka juga boleh menjual hartanah mereka dan meraih keuntungan daripada sebarang kenaikan, atau menyewakannya jika mereka mahu," katanya di Peak Forum bagi karyawan industri hartanah di Hab HDB semalam.



Beliau mengulangi pandangan pemerintah bahawa konsep hartanah pegangan pajak tidak unik kepada Singapura atau perumahan awam sahaja, lapor The Straits Times.



Sejak 1967, semua tapak penjualan tanah pemerintah bagi tempat kediaman privet telah dijual atas pajakan tidak melebihi 99 tahun.



"Kita mempunyai ruang yang terhad dan kita perlu kitar semula tanah bagi menghasilkan perumahan bagi generasi akan datang," katanya.



Jika tidak, Singapura menghadapi risiko menjadi seperti beberapa bandar lain di mana, disebabkan sukar mengkitar semula tanah, terdapat kekurangan tanah dan perumahan menjadi "amat mahal dan tidak dimampui".



Encik Wong menambah bahawa pemerintah mengalu-alukan semua maklum balas dan pandangan tentang perumahan awam, lebih-lebih lagi kerana topik itu menjadi perhatian warga Singapura.



"Namun perdebatan itu mesti selalu berasaskan fakta, bukan maklumat salah atau separuh benar," katanya.



Beliau tidak menamakan sebarang pengulas tetapi The Straits Times telah menyiarkan komentar pada 14 Ogos oleh ketua eksekutif Penasihat Hartanah Antarabangsa Ku Swee Yong yang menyarankan "agar kita jujur dengan diri kita dan sedar bahawa kita adalah sekadar pemajak yang menyewa flat HDB bagi tempoh mereka".



Sepuluh hari kemudian, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menafikan tanggapan bahawa pajakan itu "sekadar sewa yang dilanjutkan" dan bukan satu penjualan.



Semalam, Encik Wong berkata terdapat aspek lain dalam dasar perumahan di mana orang ramai mungkin mempunyai pandangan berbeza-beza dan ini tidak mengapa.



Ini termasuk cara terbaik menyepadukan flat yang dijual dan disewa di blok HDB, berapa banyak subsidi untuk diberikan atau bagaimana untuk memastikan kemampanan fiskal.



"Ini adalah isu dasar dengan keseimbangan sukar untuk diuruskan dan kita mengalu-alukan pelbagai sumbangan supaya kita boleh pertimbangkan pelbagai (huraian) bagi memperbaiki dasar perumahan kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >