, Berita - BeritaHarian.sg
Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Semua penerbangan SilkAir Boeing 737 Max digantung; pelanggan yang terjejas akan dihubungi: SIA

Mar 12, 2019 | 02:40 PM

SINGAPORE Airlines mengesahkan pagi tadi (12 Mac) bahawa cabang serantaunya SilkAir buat sementara waktu mengeluarkan pesawat Boeing 737 Max 8 daripada perkhidmatan.

Ini selepas sebuah pesawat Ethiopian Airlines terhempas kelmarin, membunuh semua 157 penumpang dan kru, menjadikannya kemalangan maut kedua bagi jet penumpang Boeing 737 Max 8 dalam setengah tahun.

Dalam kiriman Facebook pada 10.55 pagi, SIA berkata keselamatan pelanggan dan kru adalah keutamaannya yang tertinggi, dan sehingga pagi tadi, kesemua enam pesawat 737 Max 8 SilkAir telah diarahkan mendarat di Singapura dan tidak akan dikembalikan ke perkhidmatan sehingga notis selanjutnya.

Sebanyak 17 Boeing 737-800 syarikat penerbangan itu tidak terjejas, menurut kenyataan tersebut.

Pesawat Boeing 737 Max 8 telah digunakan pada penerbangan SilkAir ke Bengaluru, Cairns, Chongqing, Darwin, Hiroshima, Hyderabad, Kathmandu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Phnom Penh, Phuket dan Wuhan.

Discover Malay Home Based Businesses

SIA mengesahkan bahawa pembatalan penerbangan akan dilakukan. 

Sementara itu, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan pagi tadi bahawa Singapura buat sementara waktu menghentikan operasi semua varian pesawat Boeing 737 Max yang masuk dan keluar Singapura.

Penggantungan itu berkuatkuasa mulai 2 petang ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map