Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Semua pengunjung perlu ambil ujian PCR semasa tiba di Singapura

Jan 16, 2021 | 10:34 PM

SINGAPURA menetapkan langkah lebih ketat bagi mereka yang memasuki negara ini, dalam usaha menguruskan risiko kes import. Langkah itu termasuk memerlukan semua pengunjung, termasuk warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), mengambil ujian Covid-19 reaksi rantai polimerase (PCR) apabila tiba di sini.

Langkah itu bermula pada  11.59 malam, 24 Januari ini, umum  Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Sabtu malam (16 Jan). Syarat sedia ada Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), termasuk ujian PCR di akhir tempoh SHN, akan diteruskan.

Selain itu, mulai 11.59 malam,  18 Januari – sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak – semua warga dan PR yang kembali dari Britain  dan Afrika Selatan akan dikenakan tambahan tempoh pengasingan tujuh  hari di tempat kediaman mereka, setelah SHN 14 hari mereka di kemudahan khusus SHN tamat.

Sementara  itu, mulai 11.59 malam, 31 Januari, pengunjung yang memohon  masuk ke Singapura di bawah Pas Perjalanan Udara dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) perlu mempunyai insurans perjalanan bagi  kos rawatan perubatan dan hospital yang berkaitan dengan Covid-19 di Singapura, dengan perlindungan minimum $30,000.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map