Semua PMD wajib jalani pemeriksaan bagi atasi risiko kebakaran
Aug 06, 2019 | 05:30 AM
SEMUA e-skuter berdaftar akan diwajibkan menjalani pemeriksaan bermula 1 April tahun depan, sebagai sebahagian usaha untuk mengatasi risiko kebakaran berkaitan alat mobiliti peribadi (PMD).
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan mempercepatkan tarikh melarang PMD tanpa sijil kepada 1 Julai depan, enam bulan lebih awal berbanding tarikh 1 Januari 2021 yang dijadual sebelum ini.