Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Setempat

Semua prasekolah PCF ditutup selama empat hari bermula hari ini (26 Mac)

Mar 26, 2020 | 08:29 AM

KESEMUA 360 pusat di bawah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) akan ditutup selama empat hari bermula hari ini (26 Mac) selepas 18 kes Covid-19 didapati berkaitan dengan kes prasekolah di PCF Sparkletots Fengshan.

Mereka yang dijangkiti merupakan kakitangan di prasekolah itu termasuk pengetuanya. Empat lagi merupakan anggota keluarga pengetua tersebut.

Ketua eksekutif PCF Encik Victor Bay, dalam suratnya kepada ibu bapa pada hari Rabu, meminta maaf akan kejadian itu. Dalam kenyataan media, beliau berkata satu jawatankuasa dalaman akan menyiasat kes itu.

Pengetua berusia 47 tahun itu masih sihat apabila beliau bekerja pada 17 Mac lalu tetapi menunjukkan simpton pada tengahari.

Pada hari itu, beliau mempunyai mesyuarat dengan kakitangannya dan menghadiri kursus bersama kakitangan dari prasekolah lain. Beliau berjumpa doktor keesokan harinya dan mendapat cuti sakit sehingga 20 Mac.

Kebanyakan kakitangan lain diuji positif selepas menunjukkan simptom dari 20 Mac dan hujung minggu itu.

Empat anggota keluarga pengetua itu juga diuji positif pada 23 dan 24 Mac walaupun tidak tinggal bersamanya.

Kes pertama di pusat itu berkaitan dengan seorang guru Nurseri dua yang bercuti dan kembali ke sekolah pada 27 Mac selama beberapa jam tetapi tidak mengajar. Beliau menunjukkan tanda-tanda Jumaat lalu dan bertemu doktor.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian