Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua pusat vaksinasi ditutup mulai akhir Mei

5 Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama akan dibuka kendali ujian, vaksinasi
May 24, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menutup kesemua pusat vaksinasinya secara bertahap mulai akhir Mei dengan majoriti warga telah menerima vaksin Covid-19.



Dalam memastikan pengendalian ujian dan vaksin Covid-19 dapat terus dilaksanakan dengan lancar, lima Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) akan dibuka hari ini (24 Mei), disusuli lima lagi pusat serupa yang dijangka mula beroperasi secara bertahap mulai akhir Jun.



Pusat JTVC tersebut akan mengendalikan ujian dan vaksinasi Covid-19 dan dibina supaya ia dapat mempertingkat operasi jika timbulnya varian baru Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).



Setiap pusat boleh melaksanakan hampir 4,500 vaksinasi setiap hari dan menjalankan lebih 2,000 ujian setiap hari.



Ia juga akan mengendalikan kededua ujian rapid antigen (ART) dan ujian Rantaian Polimerase (PCR) bagi tiga keadaan- ujian pra-acara dan bagi mereka yang mengalami jangkitan pernafasan akut serta yang telah diberikan notis jangan keluar rumah.



Pengarah Kumpulan Strategi Krisis dan Operasi MOH, Encik Dinesh Vasu Dash berkata tapak yang sebelum ini berfungsi sebagai pusat vaksinasi akan kembali pada asalnya.



"Kami sedang menyelaraskan operasi dan akan mengembalikan kelab-kelab masyarakat (yang kini tapak pusat vaksinasi) kepada penduduk supaya mereka boleh menjalankan aktiviti rutin seperti bola keranjang dan kelas-kelas seperti biasa," katanya.



Beliau berkata demikian semasa ditemui media di JTVC Bishan, yang sebelum itu merupakan tapak Sekolah Menengah Bishan Park.



Menurutnya terdapat 29 pusat vaksinasi sekitar Singapura buat masa ini.



Lima JTVC yang mula beroperasi hari ini terletak di Jurong East, Pasir Ris, Kaki Bukit, Bishan dan Commonwealth.



Warga Singapura boleh menempah slot ujian dan vaksinasi di kesemua JTVC itu.



"Kesemua JTVC ini masih terletak berdekatan dengan kawasan yang dikenali orang awam dan mereka sentiasa boleh datang untuk mendapatkan vaksin dan menjalankan ujian," kata Encik Dinesh.



Setiap JTVC akan menawarkan dua jenis vaksin.



JTVC Bishan menawarkan vaksin Novavax dan Pfizer-BioNTech/Comirnaty.



Sejauh ini, lebih 1,000 orang telah mendaftar diri dan menempah slot bagi vaksin Novavax.



Menurut Encik Dinesh, pusat-pusat tersebut akan memainkan peranan penting jika timbulnya varian baru Covid-19.



"Kami menjangkakan kemudahan seperti ini akan beroperasi sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun, bergantung kepada bagaimana virus ini berubah.



"Varian baru dijangka timbul dan ramai yang akan memerlukan suntikan penggalak," kata Encik Dinesh.



Operasi vaksinasi dan ujian perlu diasingkan, dengan ruang masuk berasingan di pusat itu bagi mengelakkan dua golongan pesakit itu daripada bercampur, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >