Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua stok Robinsons di Raffles City terjual sebelum ucap "Selamat Tinggal"

Jan 09, 2021 | 10:39 PM



PELANGGAN berebut-rebut membuat bayaran bagi membeli-belah di gedung Robinsons pada tengah hari Sabtu (9 Januari) apabila peruncit ikonik ini mengumumkan bahawa cawangan terakhirnya di Raffles City akan tutup pada 3 petang.



Penutupan awal itu mengejutkan ramai kerana pihak likuidator KordaMentha awalnya menyatakan gedung itu hanya akan tutup menjelang Ahad (10 Januari).



Pada Sabtu, jurucakap KordaMentha memberitahu akhbar The Straits Times, stor itu tutup lebih awal kerana semua stoknya habis dijual. 



Apabila wartawan The Straits Times mengunjungi stor tersebut pada 1 petang, terdapat sekitar 20 pelanggan di setiap tingkat gedung itu.



Pesara, Cik Koh Swee Gek, 80 tahun, antara pelanggan yang sedang meninjau barangan yang tinggal.



Inilah kali ketiga beliau mengunjungi Robinsons cawangan Raffles City pada minggu sudah. Beliau ke sana pada Isnin dan Jumaat lalu.



Cik Koh menyimpan kenangan manis gedung itu kerana sentiasa melintasi bangunan Raffles Place dalam perjalanan ke tempat bertugasnya pada tahun 1970-an. Beliau adalah jururawat pergigian di Sekolah Rendah Peck Seah yang sudah dirobohkan di Telok Ayer.



"Saya akan melencong dan melintasi Robinsons hanya bagi menyaksikan apa yang dipromosikan di ruang peragaan tingkap stor itu," katanya yang amat kecewa apabila gedung berusia 162 tahun itu ditutup.



Robinsons mengumumkan pada 30 Oktober tahun lalu ia akan menutup dua cawangannya di sini sambil menambah rancangan itu dibuat kerana beberapa faktor termasuk cita rasa pelanggan yang berubah dan tekanan kos seperti sewa. Cawangan di The Heeren sekitar Orchard Road ditutup pada 16 Disember lalu.



Cik Koh juga memuji kakitangan gedung itu yang berkhidmat kepada pelanggan dengan kepekaan terhadap keperluan mereka hingga ke detik akhir gedung itu ditutup.



Salah seorang kakitangan gedung itu yang dikenali sebagai Theresa telah menyarankan Cik Koh beberapa gincu bibir mengikut kesesuaian warna kulitnya dan membantunya memilih kaca mata hitam pada Jumaat lalu.



"Tangan saya memang terketar-ketar kerana sudah tua tetapi beliau membantu saya membuka bekas gincu yang ingin saya cuba," tambahnya.



Seorang penyelia jualan di Robinsons yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Nurul, 27 tahun, berkata:



"Saya sebenarnya lega kita mampu menjual segalanya termasuk kebanyakan produk kelengkapan."



Ini adalah tugas runcit pertama Cik Nurul. Beliau bertugas di situ selama lapan tahun.



"I'm actually relieved that we managed to sell everything, even most of the fixtures," said a sales supervisor who wanted to be known only as Ms Nurul.



Beliau juga berterima kasih kepada pihak likuidator yang memberinya dan kakitangan lain yang tinggal bahawa mereka adalah "salah satu daripada keutamaan" dalam kalangan kreditor tanpa cagaran.



"Saya rasa beruntung kita dapat menjual segalanya agar syarikat ini dapat melunaskan hutang-piutangnya," katanya lagi.



Menurutnya lagi, sewaktu situasi lebih baik, kakitangan gedung itu akan mengadakan keramaaian Krismas dengan beliau juga berusaha menemui rakan sekerjanya bagi meraikan Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali bersama.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >