Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senam sendiri, jaga makan, kunci kejayaan pegawai baru SAF

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA tentera Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa Emir Ilyas Elham, melakukan senaman sendiri di rumah dan terus mengawal makanan meskipun latihan ketenteraan asas (BMT) digantung tahun lalu.



Antara lain, beliau berlari-lari anak pada hujung minggu dan mengurangkan minuman bergula, membantu beliau mengurangkan berat badan 13 kilogram semasa BMT 19 minggu yang bermula lewat Januari tahun lalu.



BMT bagi kohortnya itu digantung sekitar dua bulan dari April hingga Mei tahun lalu, selaras dengan tempoh pemutus litar di sini.



"Ramai antara kami telah melakukan usaha tambahan untuk latihan fizikal sendiri supaya dapat membuktikan kepada komander bahawa kami boleh membuat perubahan dalam gaya hidup kami untuk menjadi lebih cergas dan sihat," kata Leftenan Muda (2LT) Emir Ilyas.



Namun, penangguhan itu tidak menjejas peluangnya menjadi pegawai dan beliau dipilih menghadiri Sekolah Pegawai Kadet, di mana beliau melengkapkan kursus 38 minggu untuk menjadi pegawai infantri.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata 2LT Emir Ilyas antara 204 pegawai kadet yang menerima pangkat mereka dalam satu upacara khas kelmarin.



Memberi ucapannya kepada pegawai baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu melalui video, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Encik Edwin Tong, berkata bahawa walaupun di tengah wabak, cabaran keselamatan seperti ancaman di ruang siber terus berkembang.



Ancaman keganasan juga sentiasa kekal dengan penyebaran ideologi radikal dalam talian.



Selain itu, perubahan iklim juga salah satu cabaran bagi Singapura, katanya lalu berkata Mindef dan SAF akan memainkan peranan mereka untuk menyokong alam sekitar dalam Rancangan Kehijauan Singapura 2030.



"Walaupun landskap keselamatan terus berkembang, misi SAF tetap berkekalan, iaitu untuk mempertahankan Singapura.



Kekuatan SAF bukan hanya terletak pada senjatanya yang canggih, tetapi juga pada kerja keras dan tekad anggota tentera," katanya.



Menambah, Encik Tong berkata peranan teras pegawai SAF ialah untuk memimpin dan menjadi contoh baik bagi askar lain, dapat melatih mereka mencapai piawaian yang tinggi dan untuk menjaga keselamatan mereka," tambah Encik Tong, yang juga Mengeri Kedua Undang-Undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >