Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AKTIF

Senaman 'atas air' sesuai bagi semua

Mar 15, 2018 | 05:30 AM



JIKA anda mendambakan senaman yang tidak membosankan dan sesuai untuk tubuh yang 'menderita' sengal-sengal, anda mungkin mahu mencuba senaman alternatif terkini, Hydrofit.



Hydrofit adalah senaman yang kini 'hangat' - terutama dalam kalangan golongan PMET (Karyawan, Pengurus, eksekutif dan Teknisyen).



Ia dibawa ke tanah air pada April 2017 oleh bekas pemain polo air pasukan Singapura, Encik Lim Yao Xiang dan Encik Teh Chong Nyen.



Kededua ahli sukan itu juga merupakan pengarah dan pengasas syarikat kecergasan mereka, The Fitness Project.



Syarikat tersebut ditubuhkan dek keinginan dua rakan itu menyebarkan keghairahan mereka dalam sukan dan senaman air kepada orang ramai.



"Saya ingin orang ramai menikmati keseronokan bersenam dalam air seperti yang saya telah lakukan sejak umur 11 tahun sebagai perenang dan kemudian sebagai pemain polo air nasional.



"Senaman air tidak begitu melelahkan dan membosankan dibandingkan senaman di atas tanah kerana persekitarannya unik dan membebaskan," kata Encik Lim.



The Fitness Project menawarkan dua kelas iaitu Hydrofit Zen (kelas yoga) dan Hydrofit Pump (kelas senaman kardio).



Kedua kelas tersebut diadakan di atas tikar khas terapung yang dinamakan BOGA FitMat.



Penulis telah berpeluang mencuba kelas Hydrofit Pump yang dikendalikan oleh Encik Lim, 36 tahun, di Kelab Renang Cina (CSC).



Walaupun penulis memang gemar bersukan sejak sekolah menengah, namun rasa gementar tetap menyusup dalam kalbu tatkala melihat tujuh lagi peserta sesi tersebut yang semuanya memang penggemar senaman Hydrofit.



Namun, Encik Lim menenangkan saya dengan menyiapkan tiga tahap kesukaran bagi setiap aktiviti untuk memberi kami kuasa mengawal tahap stamina kami masing-masing - sekali gus menjadikan senaman ini sesuai bagi setiap peringkat peserta, termasuk mereka yang sudah bertahun lamanya tidak bersenam (seperti saya).



Sekiranya anda berfikir kerana senaman tersebut dibuat di atas tikar terapung dan anda tidak akan basah, anda silap!



Mustahil untuk naik ke tikar BOGA FitMat tanpa memasuki kolam renang, yang sebenarnya amat menyegarkan terutamanya kerana saya masih berasa sedikit letih setelah bangun awal pagi itu.



Selepas menaiki tikar terapung - malangnya dengan cara yang tidak begitu 'glamor' - saya bersama peserta lain mula dengan senaman senang untuk memanaskan badan.



Saya sedikit terkejut dengan senarai aktiviti senaman asas yang agak mudah dibuat seperti squat, burpees, hip thrust dan push-up.



Fikiran ragu muncul di minda saya:



"Adakah senaman mudah Hydrofit ini benar-benar akan meningkatkan kecergasan saya?"



Namun, keraguan saya itu pudar dengan agak cepat.



Saya lekas sedar bahawa setiap aktiviti selepas itu lebih mencabar - mungkin bukan dari segi tuntutan fizikal semata-mata, tetapi kerana saya juga perlu mengimbangkan badan saya pada setiap saat.



Otot-otot yang tidak biasa terlibat dalam suatu senaman perlu digunakan semasa mengimbangi badan.



Meskipun demikian, impak senaman intensiti tinggi kepada otot dan sendi saya agak rendah.



Kecederaan 'shin splints' pada tulang kering kanan saya yang dialami lebih daripada lima tahun lalu tidak berasa sakit langsung.



Itu pengalaman baru untuk saya yang amat menggembirakan kerana saya sering berasa kesakitan tajam di daerah tersebut semasa berlari.



Justeru, senaman Hydrofit Pump ini begitu sesuai bagi mereka yang tidak dapat bebas bersenam akibat kecederaan lama atau kesakitan pada otot dan sendi.



Aspek senaman tersebut yang paling menyeronokkan buat saya ialah senaman Russian twist dan side squats yang dibuat dengan rakan kongsi menggunakan bola kecil.



Walaupun berasa sedikit kekok pada mulanya kerana tidak mengenali peserta lain, senaman bersama rakan kongsi membantu menyelesakan saya dan menyeronokkan lagi sesi senaman itu.



Malah, saya tidak berasa malu apabila terhilang keseimbangan saya dan terjatuh dua kali dalam air!



Dalam masa satu jam, kami telah mengulangi set senaman yang disediakan Encik Lim sejumlah empat kali dengan mengikuti selang bersenam 30 saat dan berehat 15 saat.



Senaman Hydrofit Pump ini sesuai untuk semua orang, tidak kira usia atau latar belakang kesukanan.



Ia juga amat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba senaman alternatif menggunakan latihan asas yang mudah dibuat dan amat berkesan buat seluruh badan, namun dengan impak yang minimal terhadap otot dan sendi.



Pakaian renang Muslimah sesuai digunakan untuk senaman ini.



Bak kata Encik Lim sambil tersenyum lebar:



"Selagi anda selesa! Yang penting bersenam!"



  • Maklumat lanjut mengenai senaman Hydrofit boleh diperolehi di laman The Fitness Project, www.thefitnessproject.co. Ikuti mereka di akaun Instagram, @thefitnessprojectsg, untuk gambar dan video mengenai senaman Hydrofit.


"Saya ingin orang ramai menikmati keseronokan bersenam dalam air seperti yang saya telah lakukan sejak umur 11 tahun sebagai perenang dan kemudian sebagai pemain polo air nasional. Senaman air tidak begitu melelahkan dan membosankan dibandingkan senaman di atas tanah kerana persekitarannya unik dan membebaskan."
- Encik Lim Yao Xiang, Pengarah dan pengasas syarikat kecergasan mereka, The Fitness Project.




KESAN HYDROFIT



- Program Hydrofit ini membawa anda keluar dari zon keselesaan.



- Meliputi senaman seperti 'push-up', 'sit-up' dan 'squat' di atas pelantar, kaedah ini memberi tumpuan kepada otot-otot yang mengimbang tubuh anda di atas air - otot-otot yang jarang sekali digunakan apabila bersenam di darat.



- Hasilnya ialah senaman yang intensif tetapi seronok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >