Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Senang lalui perjalanan panjang kejar cita-cita jadi jurutera

Dec 30, 2019 | 05:30 AM



Laluan menuju ke politeknik bukan hanya satu. Menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dahulu sebelum melangkah ke politeknik ternyata merupakan pilihan lebih baik bagi sesetengah pelajar aliran Normal. Ada antara mereka juga memilih langsung ke politeknik setelah tamat Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N'. Tidak kira laluan mana yang diambil, pokoknya, usaha gigih dan tekad yang kuat merupakan 'ramuan' penting dalam mengecap kejayaan. Ikuti laporan NATASHA MUSTAFA (nmustafa@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg).



PERJALANAN yang dilalui beliau untuk mengejar impian menjadi jurutera mungkin mengambil lebih banyak masa daripada biasa.



Namun, Cik Nur Irzirah Hassan tetap senang hati kerana beliau kini berada di landasan betul untuk mencapai impiannya itu.



Ditemui Berita Harian baru-baru ini, Cik Nur Irzirah, 20 tahun, yang kini menuntut dalam tahun dua dalam jurusan Kejuruteraan Aeronatik di Politeknik Singapura (SP) berkata beliau hampir putus asa selepas menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Beliau lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains - yang amat penting dalam pengajian kejuruteraan - dan gred yang diperolehinya bagi PSLE hanya membenarkannya menyertai aliran Normal (Teknikal) di Sekolah Menengah Temasek.



Meskipun begitu, Cik Nur Irzirah berazam belajar dengan lebih tekun dan membuka lembaran baru di sekolah menengah.



Usaha gigihnya itu meraih ganjaran kerana Cik Nur Irzirah berjaya mendapat keputusan baik di sekolah dan menjadi antara pelajar terbaik di menengah dua.



"Saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya lagi.



"Justeru, dengan sikap tidak putus asa, saya memastikan bahawa saya belajar dengan rajin untuk mencapai impian saya," ujar Nur Irzira.



Berbekal keyakinan baru itu, beliau berjaya melayakkan diri ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan meneruskan pengajiannya dalam jurusan aeroangkasa pada peringkat Nitec.



Justeru, asas kejuruteraan yang diperkukuh menerusi kursus itu membantunya selepas beliau melangkah ke politeknik.



Beliau kini menaruh harapan ingin melanjutkan pengajiannya dalam kursus Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula.



Kata Cik Nur Irzirah, sumber dorongan utama baginya ialah bapanya, Encik Hassan Ismail, yang telah 25 tahun berkecimpung dalam bidang kejuruteraan dan tertugas sebagai pegawai dokumentasi di Singapore Airlines (SIA).



Ahli keluarganya yang lain juga turut membantu, seperti abang-abangnya yang membimbingnya dalam topik seperti statistik dan fizik, katanya.



Bagi Cik Nur Irzirah, anak bongsu dalam keluarga tiga beradik, pengalamannya setakat ini mengajarnya tentang peri penting pendidikan sebagai 'pasport' mencapai kejayaan dan beliau enggan putus asa.



Beliau kini bertekad tidak berhenti mencuba, walau sesuatu perkara itu sukar dilaksanakan.



"Tidak kira jika suatu keputusan itu baik atau buruk... kita perlu ingat bahawa kita berpotensi menjadi cemerlang dengan usaha gigih," kata Cik Nur Irzirah.




"Saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya lagi.

Justeru, dengan sikap tidak putus asa, saya memastikan bahawa saya belajar dengan rajin untuk mencapai impian saya."

"Tidak kira jika suatu keputusan itu baik atau buruk... kita perlu ingat bahawa kita berpotensi menjadi cemerlang dengan usaha gigih."

- Cik Nur Irzirah Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >