Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai badan sijil halal luar negara diterbit di laman Muis

Perkukuh pentadbiran skim badan sijil halal asing menyusuli satu semakan
Feb 09, 2022 | 05:30 AM



SENARAI badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan diterbitkan di laman Muis demi memastikan ketelusan dan memudahkan orang awam dan perniagaan untuk merujuknya.



Ini sebahagian daripada perubahan untuk memperkukuh pentadbiran skim Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB), menyusuli satu semakan.



FHCB ialah badan berpangkalan di luar negara yang mengesahkan apakah produk makanan di negara itu memenuhi syarat halal. Hanya produk halal FHCB dapat digunakan syarikat-syarikat yang mempunyai logo halal Muis di sini.



Buat masa ini, terdapat 77 FHCB sedia ada yang diiktiraf Muis, termasuk dari negara seperti Amerika Syarikat, Brazil dan Jepun.



Sebelum ini, senarai tersebut hanya boleh diakses menerusi sistem yang kebanyakannya digunakan oleh perniagaan, termasuk pemegang sijil halal Muis. Senarai itu buat masa ini boleh diakses di bawah portal Gobiz, menurut jurucakap Muis yang menjawab soalan Berita Harian (BH).



Dalam satu kenyataan semalam, Muis berkata skim FHCB yang dipertingkat itu akan memberi jaminan terhadap mutu FHCB yang menyediakan khidmat pensijilan halal di luar negara dengan kriteria yang ditetapkan serta proses penilaian ketat.



Perubahan itu juga akan menyediakan pilihan produk makanan import bersijil halal yang lebih baik, dengan menyelarasnya kepada keperluan halal di Singapura.



Skim dipertingkat itu dilaksanakan secara berperingkat mulai 30 Januari ini dan secara sepenuhnya bermula tahun depan.



Perubahan itu diambil menyusuli satu semakan ke atas skim FHCB oleh firma perundingan profesional, PricewaterhouseCoopers Management Services, yang dilantik Muis.



"Sebahagian daripada semakan terhadap dasar, proses, teknologi dan pentadbiran, Muis telah baru-baru ini menyelesaikan semakan luar ke atas rangka kerja pengiktirafan FHCB.



"Semakan itu mengenal pasti banyak perkara yang berjalan dengan baik, dan menyarankan beberapa peningkatan untuk memperbaiki sistem itu," kata Muis.



Isu pengiktirafan FHCB mula timbul selepas satu laporan diterbitkan pada 2020 oleh sebuah laman berita dalam talian yang berpangkalan di Hong Kong yang mendakwa Muis bersikap berat sebelah terhadap pihak tertentu dalam proses mengiktiraf FHCB.



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah menyiasat dan tidak menemui bukti yang menyokong dakwaan salah guna kuasa oleh pegawai Muis berhubung proses tersebut.



Muis juga berkata sebelum ini satu semakan menyeluruh akan dilakukan terhadap rangka kerja skim FHCB itu.



Setelah selesainya semakan itu, Muis semalam berkata ia telah menghubungi pihak berkepentingan dan pemegang sijil untuk memastikan rantai bekalan pensijilan halal dapat terus berjalan sedang perubahan itu dilaksanakan.



Sebagai satu-satunya penguasa pensijilan halal di Singapura, Muis berkata ia memainkan peranan penting dalam industri makanan halal yang semakin berkembang, dengan banyak kedai makanan bersijil halal tersedia untuk masyarakat di sini.



Satu aspek penting dalam usaha ini adalah memastikan terdapat produk dan bahan yang halal dan memenuhi syarat di bawah piawaian pensijilan halal Muis.



Muis memastikan perkara ini dengan mempunyai senarai pemberi sijil halal asing atau FHCB dari pelbagai negara yang mengeksport produk tersebut.



Muis mengiktiraf FHCB berdasarkan penilaian tentang keupayaan mereka menggunakan piawaian halal yang serupa dengan piawaian halal di Singapura.



Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Pondok Abang, Encik Habib Mansoor, berkata kewibawaan sijil halal adalah penting, dan menyambut baik langkah menyenarai FHCB di laman Muis.



"Kalau pelbagai maklumat dapat diletakkan dalam satu tempat, ini akan memudahkan proses mengesahkan status halal produk dari pembekal kami. Sekarang ini, proses itu memerlukan beberapa langkah dan boleh memakan masa beberapa hari.



"Dengan adanya senarai FHCB yang diiktiraf Muis dalam satu tempat, ini akan memudahkan dan meningkatkan produktiviti," ujarnya.




“Sebahagian daripada semakan terhadap dasar, proses, teknologi dan pentadbiran, Muis telah baru-baru ini menyelesaikan semakan luar ke atas rangka kerja pengiktirafan FHCB (Badan Pensijilan Halal Asing). Semakan itu mengenal pasti banyak perkara yang berjalan dengan baik, dan menyarankan beberapa peningkatan untuk memperbaiki sistem itu.”

- Kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >