Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai Editor BH

May 26, 2023 | 05:31 AM



ALLAHYARHAM HUSSEIN JAHIDIN (1972 hingga 1976)


Allahyarham Hussein Jahidin merupakan Editor Berita Harian (BH) dari 1972 hinga 1976 sebelum kembali berkhidmat di BH sebagai penyunting sambilan dari 1992 hingga 2001.

Beliau pernah memimpin Jawatankuasa Kerja Kesatuan Sekerja Singapura sebagai pengerusi pada 1973 dan Presiden Perkumpulan Seni pada 1971.

Allahyarham meninggal dunia pada 1 Februari 2014.

ENCIK ZAINUL ABIDIN RASHEED (1976 hingga 1983, dan 1984 hingga 1996)


Encik Zainul Abidin Rasheed menyandang jawatan sebagai Editor Berita Harian selama 20 tahun, merangkumi dua tempoh dari 1976 hingga 1996.

Encik Zainul kemudian menyertai politik pada 1997 dan berkhidmat sebagai Anggota Parlimen bagi GRC Cheng San.

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) dari 2006 hingga 2011 di samping pernah memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dari 1991 hingga 1996 dan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki dari 1990 hingga 1993.

Encik Zainul kini berkhidmat sebagai Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin).

ENCIK YATIMAN YUSOF (1983 hingga 1984)


Encik Yatiman Yusof memimpin BH sebagai Editor dari 1983 hingga 1984 sebelum menyertai politik.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen (Perhubungan, Penerangan dan Seni) dari 2001 hingga 2006.

Sejak 2009, beliau telah berkhidmat sebagai Duta Singapura ke Kenya (Bukan Pemastautin).

ALLAHYARHAM GUNTOR SADALI (1997 hingga 2012)


Allahyarham Guntor Sadali pernah menerajui akhbar ini sebagai Editor selama 15 tahun dan menyusuli itu, kekal sebagai Penasihat Editorial sehingga beliau bersara pada 2014.

Beliau juga pernah menyumbang sebagai anggota lembaga di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Majlis Kebangsaan bagi Masalah Perjudian dan Taman Warisan Melayu.

Allahyarham meninggal dunia pada 7 September 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >