Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai golongan yang tidak mengundi bagi daerah di Pasir Ris-Punggol tersedia untuk diperiksa

Jan 25, 2021 | 06:42 PM



SENARAI pengundi bagi daerah undian PN23 di GRC Pasir-Ris Punggol yang gagal mengundi pada pilihan raya Julai tahun lalu kini tersedia untuk diperiksa.



Salinan daftar pengundi bagi daerah undian tersebut diperolehi semula pada 16 Januari apabila ia secara tidak sengaja tersimpan dalam sebuah kotak mengandungi kertas undi tahun lalu.



Kotak yang dimateri tersimpan di kekubah Mahkamah Agung bagi tempoh enam bulan sejajar dengan Akta Pilihan Raya Parlimen.



Usaha mendapatkan semula senarai itu disaksikan wakil daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA).



GRC Pasir Ris-Punggol menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara PAP, SDA dan Parti Suara Rakyat (PV) dengan kemenangan berpihak pada PAP yang dipimpin Menteri Kanan Teo Chee Hean. 



Senarai penduduk yang tidak mengundi yang telah disahkan dalam kawasan mengundi PN23 akan tersedia untuk ditinjau mulai Isnin (25 Januari) di Jabatan Pilihan Raya (ELD), balai rakyat dan kelab masyarakat di GRC Pasir Ris-Punggol serta misi luar negara Singapura yang berfungsi sebagai pusat pendaftaran luar negara.



Golongan yang tidak mengundi tidak layak mengundi atau dicalonkan sebagai calon pilihan raya akan datang jika nama-nama mereka tidak disenaraikan semula dalam daftar pengundi.



"Kami menggalakkan mereka yang tidak mengundi pada Pilihan Raya 2020 atau pilihan raya sebelum ini yang ingin mengundi bagi pilihan raya akan datang agar memohon bagi nama mereka disenaraikan semula dalam daftar pengundi awal," jelas ELD dalam kenyataannya pada Isnin.



Melihat pada pilihan raya akan datang, ELD menambah: "Di bawah undang-undang, kami tidak dapat menyenaraikan semula nama-nama mereka dalam tempoh dari tarikh writ bagi pilihan raya dikeluarkan sehingga selepas Hari Pencalonan jika pilihan raya tidak ditandingi atau hingga selepas Hari Mengundi jika undian diperlukan."



Warga Singapura juga boleh memeriksa status pengundian mereka secara elektronik di dalam laman ELD atau menerusi aplikasi SingPass Mobile.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >