BANYAK masjid di serata Singapura dijangka sesak bagi solat Jumaat hari ini, permulaan cuti panjang sempena sambutan Jubli Emas Singapura (SG50).
Oleh itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menggalak orang ramai pergi ke masjid yang biasanya kurang sesak dan boleh menampung lebih ramai jemaah.