Sejumlah 27 Anugerah Reka Bentuk, Pembinaan dan Kejuruteraan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) disampaikan tahun ini kepada konsultan seni bina, jurutera dan kontraktor pembinaan. Anugerah itu, yang disampaikan dalam satu majlis malam tadi, mengiktiraf kecemerlangan dalam reka bentuk, kejuruteraan dan binaan, BERITA HARIAN (BH) mengetengahkan beberapa penerima anugerah tersebut.
PEMBANGUNAN Tampines GreenRidges ini menyerlah sebagai perumahan awam generasi baru dengan ciri-ciri seni binanya yang unik.