Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai Unesco: Kumpulan penilaian antarabangsa puji pencalonan SG

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA berjaya memenuhi semua kriteria untuk menyertakan budaya penjaja di sini ke dalam senarai Unesco bagi Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Tidak Ketara.



Antara kriteria itu ialah langkah perlindungan sedia ada dan masa depan yang memastikan amalan berterusan budaya itu, di samping pelibatan masyarakat yang meluas.



Dalam satu laporannya, sebuah kumpulan penilaian antarabangsa merangkumi 12 pakar memuji Singapura kerana merancang cara kreatif bagi mendorong penyertaan aktif masyarakat dalam proses pencalonannya sejak dari awal.



"Ia juga memuji Singapura kerana menyiapkan fail pencalonan berkaitan elemen warisan budaya tidak ketara yang berkembang maju dalam sekitaran kepadatan kota dan pelbagai budaya, dan membangunkan langkah perlindungan yang secara berkesan memupuk dialog, kreativiti dan kemampanan.



"Pencalonan Singapura juga disebut oleh kumpulan penilaian itu sebagai satu contoh positif dalam merai warisan budaya tidak ketara, kepelbagaian, dialog dan kemampanan," ujar satu kenyataan bersama Lembaga Warisan Negara (NHB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) semalam.



Saranan kumpulan penilaian itu, yang dilantik oleh Jawatankuasa Antara Pemerintah (IGC), akan membantu dalam perbincangan mengenai permohonan Singapura semasa sesi IGC ke-15 yang akan dijalankan secara maya pada 14-19 Disember.



IGC akan menilai saranan kumpulan pakar itu dan membuat keputusan akhir apakah permohonan Singapura bagi budaya penjaja itu di masukkan dalam senarai Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tersebut boleh diterima.



Jika berjaya, budaya penjaja itu akan merupakan pengiktirafan kedua oleh Unesco selepas Kebun Bunga Singapura, yang sekarang satu-satunya tapak di Singapura yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco sejak tiga tahun lalu.



Mengulas mengenai laporan kumpulan penilaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NHB, Cik Chang Hwee Nee, berkata saranan kumpulan tersebut adalah satu pengakuan positif akan usaha dan permohonan Singapura.



"Merangkumi gabungan unik makanan, ruang dan masyarakat, budaya penjaja telah berkembang menjadi mikrokosma masyarakat pelbagai budaya kita, dan merupakan bahagian penting warisan kehidupan kita.



"Ia memberi rasa identiti dan kesinambungan di Singapura, dari generasi ke generasi," ujarnya.



CEO NEA, Encik Tan Meng Dui, pula berkata: "Budaya penjaja sinonim dengan Singapura, dan adalah satu budaya penyatuan yang mengikat warga dan masyarakat kita.



"Usaha memasukkan budaya penjaja Singapura di Unesco menunjukkan komitmen kita sebagai negara untuk melindungi budaya itu bagi generasi akan datang."



Presiden FMAS, Encik Yeo Hiang Meng, gembira mendengar laporan positif daripada kumpulan penilaian itu.



"Anggota penjaja kami amat bangga mengenai pencalonan ini, dan telah melangkah ke hadapan untuk menunjukkan sokongan mereka dengan pelbagai cara," ujar beliau.




"Ia (kumpulan penilaian) juga memuji Singapura kerana menyiapkan fail pencalonan berkaitan elemen warisan budaya tidak ketara yang berkembang maju dalam sekitaran kepadatan kota dan pelbagai budaya, dan membangunkan langkah perlindungan yang secara berkesan memupuk dialog, kreativiti dan kemampanan. Pencalonan Singapura juga disebut oleh kumpulan penilaian itu sebagai satu contoh positif dalam merai warisan budaya tidak ketara, kepelbagaian, dialog dan kemampanan."
- Kenyataan bersama Lembaga Warisan Negara (NHB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >