Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Sengkayan kelihatan berdekatan Terminal Tanjong Pagar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sengkayan kelihatan berdekatan Terminal Tanjong Pagar

May 11, 2019 | 02:28 PM

SENGKAYAN atau air yang berpusing ke atas akibat angin puting beliung, kelihatan di kawasan perairan Singapura pagi tadi. 

Pengguna Facebook Cik Grace Ng telah memuatnaikkan tiga video sengkayan tersebut berdekatan Terminal Tanjong Pagar. 

Video tersebut menunjukkan latar belakang langit dan awan yang gelap dengan sengkayan yang bermula dari kawasan awan hingga ke laut. 

Suaminya, Encik Justin Lim, 31 tahun, memberitahu The Straits Times bahawa video tersebut diambil sekitar 9 pagi tadi dari kondominium mereka di 76 Shenton Way berdekatan Terminal Tanjong Pagar. 

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), sengkayan itu merupakan satu fenomena cuaca yang tidak akan tahan lama dan dilihat sekali sekala di kawasan perairan Singapura, yang biasanya akan hilang sebaik ia tiba di tepi pantai. 

Sengkayan biasanya hanya berlangsung selama beberapa minit hingga setengah jam. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3