Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemikiran sama, hati bersatu dan negara kukuh kunci bawa SG maju

Edwin: Seni boleh dikongsi, bantu perkukuh identiti kolektif Singapura
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata dalam dunia yang berlaku perpecahan dan keretakan, Singapura kini berdepan persoalan penting tentang cara membangun dan mempertahan kekuatan dan identiti bersama.



Beliau berkata bangsa dan agama merupakan garisan keretakan atau faktor yang boleh memecahbelahkan masyarakat.



Kadangkala ia boleh menjadi "tanah subur" untuk kegiatan oleh pihak-pihak yang mahu menonjolkan perbezaan dan memecahbelahkan masyarakat, dengan trend seperti kebangkitan media sosial juga boleh mendorong perpecahan sedemikian, ujarnya.



"Kunci untuk kita membawa negara kita maju ke hadapan ialah dengan mempunyai pemikiran sama, hati yang bersatu dan membina Singapura yang kukuh serta infklusif, iaitu bukan sekadar satu slogan, tetapi sesuatu yang benar-benar ditekankan bahawa semua orang mempunyai tempat di Singapura," kata Enck Tong.



Berlatarbelakangkan sekitaran ini, seni boleh menjadi faktor kukuh yang boleh dikongsi dan membantu memperkukuh identiti kolektif Singapura.



"Dengan berkongsi pengalaman kita dalam dan menerusi seni, nilai sejarah, artifak... semua ini dapat menolong kita memahami satu sama lain," jelas Encik Tong.



Beliau berkata demikian semasa melancarkan Sembang Ilmu Plus (+) di The Arts House Sabtu lalu.



Sembang Ilmu Plus (+) ialah sebuah satu wadah baru Yayasan Warisan Melayu (MHF) untuk anak muda membincangkan isu berkaitan kesenian, budaya dan warisan.



Menurut MHF, wadah baru itu adalah lanjutan kepada sesi forum Siri Sembang Ilmu yang dilancarkan pada 2020 dan tertumpu pada perbincangan mengenai isu berkaitan pembangunan sosio budaya Melayu di Singapura.



Encik Tong menarik perhatian bahawa wadah seperti Sembang Ilmu Plus (+) menyediakan asas penting bukan untuk membangunkan pemahaman bersama sahaja, malah menjadikan idea tindakan positif dengan melibatkan golongan muda bekerjasama dengan pemerintah, masyarakat sivil dan kumpulan lain atau inisiatif 'bawah ke atas'.



Selain Encik Tong, beberapa anggota masyarakat seni turut melahirkan pandangan semasa acara sembang berkonsep seminar itu.



Antara mereka ialah penggiat teater veteran Shaza Ishak, iaitu pengarah urusan Teater Ekamatra, yang menyentuh tentang kesukaran persatuannya dalam pengumpulan dana.



Menurut beliau, kumpulan seni yang tertumpu pada isu minoriti etnik amat bergantung pada penjualan tiket dan geran pemerintah kerana mereka menerima sedikit atau tiada pendanaan privet.



Hanya segelintir yang menyumbang dana merupakan daripada latar belakang minoriti etnik, kata Cik Shaza.



Justeru, ini boleh menjadi satu sebab tidak ramai menyumbang kepada kumpulan seni minoriti etnik.



Satu lagi masalah yang ditimbulkan beliau ialah kekurangan kepelbagaian dalam kalangan pemimpin dalam persatuan filantrofi.



Ini boleh menjadi sebab yang menjejas bagaimana kumpulan seni yang tertumpu pada isu minoriti etnik dinilai.



"Pelbagai latar belakang dari segi perbezaan dalam status sosio-ekonomi dan pendidikan, di samping karyawan dalam kalangan pemimpin dan pihak pengurusan boleh meningkatkan kemungkinan artis yang pelbagai dan berbagai jenis seni dinilaikan dengan lebih adil dan secara lebih sesuai dalam konteks kebudayaan dan sosial," ujarnya.



"Kita perlu kenal pasti apakah punca keadaannya sekarang ialah cara sektor seni dibentuk, iaitu berdasarkan nilai dan tradisi penjajah, pendekatan reduksionis CMIO (Cina, Melayu, India dan lain) dalam memahami bangsa, etnik dan budaya serta mempertahankan jenis seni tertentu berbanding yang lain."



Seorang pendidik kesenian, Dr Amin Farid, pula menyentuh tentang cara Melayu menyediakan peluang untuk pengalaman dan idea antara generasi.



Penyaer dan jurugambar Dr Marc Nair bercakap tentang tujuan dan nilai seni di Singapura dan bagaimana puisi serta bentuk seni lain boleh mencabar cara pemikiran moden yang bersifat "transaksi".




SENI BANTU FAHAM SATU SAMA LAIN



"Kunci untuk kita membawa negara kita maju ke hadapan ialah dengan mempunyai pemikiran sama, hati yang bersatu dan membina Singapura yang kukuh serta infklusif, iaitu bukan sekadar satu slogan, tetapi sesuatu yang benar-benar ditekankan bahawa semua orang mempunyai tempat di Singapura... Dengan berkongsi pengalaman kita dalam dan menerusi seni, nilai sejarah, artifak... semua ini dapat menolong kita memahami satu sama lain."
- Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >