KETELITIAN dan kesabaran yang ditunjukkan nenek dan ibu beliau dalam menyulam mendorong Cik Izzyana Suhaimi melibatkan diri dalam seni sulaman dan jahitan.
Kesungguhan Cik Izzyana meneruskan tradisi turun-temurun yang diwarisi kaum wanita dalam keluarganya itu terserlah pada hasil seni sulaman dan jahitan beliau yang begitu halus dan rapi.