Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seniman batik tersohor Sarkasi Said sakit setelah 2 ginjalnya rosak

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



SENIMAN batik tersohor Singapura dan penerima Pingat Budaya, Encik Sarkasi Said, 81 tahun, sedang mengalami sakit berat menyusuli kegagalan pada kedua-dua ginjalnya, kata anak lelakinya Encik Ika Zahari Sarkasi.



Menurut Encik Ika yang dihubungi semalam, bapanya telah dirawat di hospital selama lima hari sebelum dibawa pulang kerana doktor tidak dapat melakukan apa-apa lagi untuk terus merawatnya.



"Beliau memang sudah lama mengalami sakit ginjal sekitar dua tahun lalu. Kedua-duanya ginjalnya telah rosak, dan doktor berkata tiada apa lagi yang dapat mereka lakukan untuk merawatnya," kata Encik Ika.



Bapanya kini berada di rumah.



Encik Sarkasi, menurut Encik Ika, meminta agar masyarakat dapat mendoakannya dan memohon maaf kepada semua orang.



Encik Sarkasi, bapa empat orang anak, telah dianugerahkan Pingat Budaya - anugerah budaya tertinggi bagi seniman setempat - tahun lalu.



Dengan peruntukan yang diberi Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Encik Sarkasi telah melahirkan hasrat untuk menghasilkan buku yang boleh disifatkan sebagai ensiklopedia batik.



Buku itu diharap dapat mengupas takrifan kraf batik yang sebenar yang sering disalah anggap masyarakat.



Beliau juga ingin menjelaskan lebih lanjut mengenai teknik lukisan batik yang menggunakan lilin pemisah, batik tulis tangan, lukisan titik dan cetakan blok, katanya dalam satu temu ramah bersama Berita Harian sebelum ini.



Nama Encik Sarkasi mula dikenali sekitar 1970an apabila Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mencari rekaan 'Busana Singapura' yang boleh mewakili negara.



Lukisan anggerik pada busana yang dihasilkan Encik Sarkasi atau lebih dikenali dengan nama Tzee Sarkasi, mendapat tempat di hati ramai, malah telahpun membawanya menjelajah ke peringkat antarabangsa.



Beberapa anugerah yang pernah dimenanginya termasuk Anugerah Jauhari Berita Harian, Anugerah Lukisan Tahunan UOB dan Penyertaan Asing Terbaik, Persatuan Lukisan Sarasota, Amerika Syarikat.



Beliau mencipta Rekod Dunia Guinness bagi lukisan batik terpanjang pada 2003.



Malah Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pernah menempah baju bercorak batik hasil rekaannya.



PM Lee pernah memakai baju rekaannya ketika melancarkan majlis memperingati 200 tahun sejarah negara ini, Bicentennial Singapura, di Muzium Tamadun Asia (ACM), pada 28 Januari 2019 dan semasa acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2018.



Selain PM Lee, beliau juga menghasilkan baju batik yang dipakai sekumpulan Anggota Parlimen (AP) dalam sambutan NDP tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >