Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentiasa cari idea baru bagi bantu kurangkan risiko penularan penyakit


Dec 24, 2020 | 05:30 AM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi penghargaan atas sumbangan dan komitmen luar biasa tenaga kerja dalam sektor Perkhidmatan Alam Sekitar (ES) tahun ini. Seramai 27 individu diiktrafkan dengan Anugerah Bintang ES dan lagi 350 pekerja menerima sijil tahniah sebagai sebahagian daripada Hari Tenaga Kerja ES tahunan. BERITA HARIAN mewawancara dua individu yang menerima Anugerah Bintang ES.Ikuti laporan berikut.




MELINDUNGI kesihatan dan harta benda pelanggan serta rakan niaga adalah keutamaan dalam bidang pekerjaan Encik Rizal Jufri.



Bekerja dalam industri yang agak unik, Encik Rizal, seorang pengurus projek di syarikat Verminator, menyatakan bahawa beliau sering memainkan peranan menghapuskan haiwan perosak supaya dapat membantu mengurangkan kemungkinan penularan penyakit.



Berpengalaman selama 25 tahun dalam industri itu, Encik Rizal juga terus menginovasi idea baru bagi memperbaiki proses pengurusan haiwan perosak ketika turun padang.



Menurutnya, sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan, beliau mengenal pasti risiko untuk memperkukuh keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya.



"Contohnya, secara tradisional untuk membasmi sarang lebah di atas pokok yang tinggi, kami menggunakan tiang yang boleh dipanjangkan untuk mencapainya dan dengan sut lebah dan alat perlindungan peribadi (PPE) yang diperlukan.



"Untuk meningkatkan dan mempromosikan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH), kami kini menggunakan kren balak atau kren lori untuk lebih rapat tetapi dengan jarak yang lebih selamat untuk menguruskan tugas," kata Encik Rizal, 54 tahun.



Menghadapi cabaran untuk mencari tenaga kerja dalam industri itu, Encik Rizal berkata inovasi agak penting bagi mempertingkat daya pengeluaran walaupun tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.



"Setiap industri memang ada cabaran tersendiri.



"Mungkin pekerjaan dalam industri ini kurang menarik perhatian. Jadi kami harus menyesuaikan diri untuk mencari alternatif supaya dapat terus menawarkan perkhidmatan kepada klien kami," kata beliau.



Encik Rizal merupakan antara 27 penerima Anugerah Bintang Perkhidmatan Alam Sekitar dalam sektor perkhidmatan pengurusan haiwan perosak.



Dalam satu wawancara dengan Berita Harian, beliau melahirkan rasa gembira menerima anugerah tersebut.



"Saya sangat bersyukur dan bangga mendapat anugerah ini.



"Ia menunjukkan bahawa kerja keras saya untuk berinovasi, melatih dan membimbing generasi seterusnya diiktirafkan.



"Tetapi anugerah ini bukan hanya untuk saya tetapi juga untuk rakan kerja saya di Verminator yang telah berusaha selama beberapa tahun ini," katanya.



Baru-baru ini, beliau juga telah membentuk pasukan inovasi dengan sekumpulan ahli entomologi atau pakar serangga yang menjalankan penyelidikan mengenai pelbagai teknologi bagi mempertingkat proses dalaman.



Namun, ekoran sekatan Covid-19, rancangannya ditangguhkan dan berharap dapat terus mencuba inovasi baru itu pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >