Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sentiasa fikirkan cara berkesan semasa mengajar

Berkat semangat pupuk minat muridnya dalam bahasa Inggeris, guru Sekolah Rendah Qihua diiktiraf Anugerah Guru Bahasa Inggeris Berinspirasi
Oct 18, 2022 | 05:30 AM



BAGI Cik Norashikin Hassan, mengenali keperluan dan minat anak muridnya adalah penting baginya dan beliau meluangkan masa untuk memastikan pengajaran beliau direka dengan teliti.



Menurut Cik Norashikin, beliau berusaha mengembangkan kemahiran muridnya dalam Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berhubung dengan bermakna dan berkesan.



Menyesuaikan pengajaran supaya setiap pelajar dapat memaksimumkan pembelajaran mereka, Cik Norashikin berkata:



"Saya percaya bahawa pembelajaran adalah satu proses aktif yang menggalakkan pemikiran.



"Pembelajaran juga harus menyeronokkan supaya ia boleh menjadi usaha sepanjang hayat.



"Kepercayaan ini mendorong saya untuk menyesuaikan pengajaran Bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan dan minat pembelajaran murid-murid saya yang berbeza," ujar beliau yang turut menggunakan teknologi secara bermakna untuk menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif.



Dengan pengalaman sebagai pendidik sekitar dua dekad, beliau menambah:



"Ia mewujudkan wadah bermakna dan relevan bagi mereka berkongsi pengetahuan dengan impak dan juga menyampaikan pendapat mereka secara berkesan."



Itulah antara cara menarik dan unik yang digunakan Cik Norashikin, 40 tahun, dalam mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Qihua di Woodlands.



Berkat semangat pupuk minat muridnya dalam bahasa Inggeris dan pertajam kemahiran mereka bertutur dan menulis dalam bahasa itu, Cik Norashikin telah diiktiraf Anugerah Guru Bahasa Inggeris Berinspirasi tahun ini bersama enam pendidik lain.



Beliau memenangi anugerah tersebut bagi kategori Anugerah Mengajar, yang mengiktiraf guru yang menjadikan pengajaran di dalam kelas menarik dan relevan kepada murid-muridnya.



Setiap pemenang menerima sebuah trofi, sijil dan hadiah wang tunai $2,000.



Anugerah tahunan itu diusahakan gerakan Speak Good English dan akhbar The Straits Times (ST).



Mengulas mengenai inspirasi semasa di bilik darjah, Cik Norashikin berkata: "Semasa saya menjadi pelajar dulu, Bahasa Inggeris memberi saya satu wadah kepada dunia luar yang lebih luas.



"Saya menikmati bagaimana minda saya dirangsang oleh pembelajaran Bahasa Inggeris kerana ia membolehkan saya untuk menjalin hubungan peribadi dengan orang di sekeliling dan pengalaman mereka.



"Adalah menjadi harapan saya agar para pelajar dapat melalui pengalaman itu... dan menikmati keseronokan serupa dalam pembelajaran dan penggunaan bahasa tersebut," ujar beliau, ibu tiga orang anak.



Beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat anak-anak mereka dalam Bahasa Inggeris dan beliau berharap para ibu bapa akan meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti demikian.



"Sesi bermain dan interaksi harian menyediakan banyak peluang untuk pembelajaran bahasa.



"Pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada interaksi semula jadi dan tidak berasa seperti kerja akan memberikan lebih dorongan kepada para ibu bapa dan anak-anak mereka," kata beliau yang turut menasihatkan para ibu bapa untuk membetulkan kesilapan anak mereka semasa bercakap dengan menyatakan semula apa yang mereka telah katakan dengan betul sebelum meneruskan perbualan mereka.



Beliau menambah bahawa dengan melakukan sedemikian, anak-anak akan dapat menguasai bahasa itu dengan lebih yakin, tanpa berasa bimbang, selain lebih bersedia untuk bereksperimen dengan kata-kata baru pada masa akan datang.



u SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >