Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentosa sasar sifar pengeluaran karbon menjelang 2030

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



PULAU Sentosa dikenali dengan pantai, hotel mewah dan padang golfnya, tetapi tidak lama lagi pengunjung boleh menikmati aspek kehijauannya pula menerusi inisiatif seperti lawatan biodiversiti.



Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), yang mengurus pulau tersebut, akan memperkenalkan beberapa langkah kemampanan secara bertahap, dengan matlamat mengurangkan pengeluaran bersih gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2030.



Langkah itu dibentangkan dalam satu taklimat media maya semalam.



SDC berkata ia akan memulakan ujian bas elektrik dengan firma pengangkutan ComfortDelGro Bus mulai bulan depan. Semua pengangkutan di pulau itu dijangka menggunakan kuasa elektrik menjelang 2025.



Semua tempat meletak kereta milik SDC juga akan menyediakan kemudahan mengecas kenderaan menjelang 2030, lapor The Straits Times.



Orang ramai boleh mengunjungi pulau lain di selatan Singapura dari Sentosa, apabila SDC mula menawarkan khidmat feri menerusi jeti baru di Sentosa Cove Village menjelang Disember.



Perincian seperti kos tiket masih dirancang dan akan diumumkan kemudian, kata CDC. Sekarang ini, orang ramai mengunjungi pulau seperti Pulau Kusu atau Pulau Sekijang Bendera (St John's Island) menerusi feri dari Marina South Pier.



Lawatan bertema kemampanan yang pertama untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam semula jadi, biodiversiti, dan warisan di Sentosa juga akan bermula pada Disember, kata SDC.



Tahun depan, perniagaan Sentosa akan mula menawarkan pilihan hijau bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, serta pakej perkahwinan. Ini termasuk pengangkutan elektrik untuk tetamu, tidak menggunakan barang pakai buang, dan makanan sumber tempatan.



Ini antara rancangan yang dibentangkan oleh SDC semalam di pelancaran peta hala tuju kemampanan Sentosa, yang bertujuan melakar strategi pulau itu untuk mencapai pengeluaran bersih sifar menjelang 2030.



Matlamat untuk Sentosa ini telah ditetapkan awal tahun ini semasa pelancaran Pelan Hijau Singapura 2030, rancangan negara untuk mengurangkan jejak karbonnya.



Secara keseluruhannya, perniagaan dan entiti di pulau Sentosa menghasilkan sekitar 162,000 tan pengeluaran setiap tahun. Ini adalah sekitar 0.3 peratus daripada keseluruhan profil pengeluaran Singapura pada 2017, iaitu sebanyak 52.5 juta tan gas rumah hijau.



Ketua eksekutif SDC, Cik Thien Kwee Eng, semua usaha kemampanan, besar atau kecil, adalah penting.



"Sekiranya kita dapat melakukannya dengan baik, memanfaatkan tindakan kolektif seluruh masyarakat Sentosa dan menggunakan huraian inovatif - saya rasa itulah caranya kami ingin bergerak."



Sebahagian daripada rancangan Sentosa untuk mencapai tahap neutral karbon pada 2030 adalah untuk memanfaatkan lebih banyak sumber tenaga yang boleh diperbaharui, termasuk tenaga suria dan pasang surut, memanfaatkan ruang laut dan darat yang tidak digunakan di pulau itu. Terdapat juga rancangan menggunakan sistem yang memanfaatkan sisa hortikultur untuk menghasilkan gas untuk elektrik.



Sentosa berhasrat mencapai matlamat pengeluaran bersih sifar menjelang 2030 terutamanya melalui usaha penyahkarbonan, termasuk menggunakan kenderaan elektrik dan menjadikan bangunan lebih cekap tenaga, tetapi tidak akan menolak kemungkinan perlu membeli kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan yang tidak dapat dicapai, kata Cik Thien.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >