Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Sentosa sebagai destinasi neutral karbon jelang 2030 bagi rebut peluang ekonomi hijau

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sentosa sebagai destinasi neutral karbon jelang 2030 bagi rebut peluang ekonomi hijau

Mar 05, 2021 | 05:30 AM

SENTOSA akan dijadikan sebuah destinasi neutral karbon, atau pengeluasan karbonnya tidak menjejas sekitaran, menjelang 2030, sebahagian pelan kemampanan jangka panjang.

Mengumumkan demikian di Parlimen semasa perbahasan mengenai pelan kemampanan pemerintah, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata langkah ini adalah sebahagian usaha Singapura untuk merebut peluang dalam ekonomi hijau dan sebagai persiapan bagi pemulihan dalam pelancongan global.

Pada masa depan, pelancong akan menjadi lebih tertarik kepada pilihan pelancongan mapan, seperti hotel dan tarikan mesra sekitaran, jelas Encik Chan.

Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) berkata dalam satu kenyataan media semalam bahawa ia akan mengenal pasti dan bekerjsama dengan rakan teknoogi untuk menguji teknologi mapan dan konsep di Sentosa.

Ia juga akan melibatkan sekitar 200 perniagaan di pulau peranginan itu untuk mencapai matlamat neutral karbon.

Antara keutamaannya ialah untuk memastikan sistem tenaga di Sentosa tidak mengeluarkan karbon, mengurangkan pembaziran makanan dan memperkenalkan pilihan pergerakan hijau.

SDC dan firma pelaburan negara, Temasek, telah memeterai perjanjian memorandum persefahaman untuk, antara lain, mengenal pasti peluang bagi menguji huraian mengurangkan pengeluaran karbon di pulau itu.

Kerjasama itu juga akan meneroka cara baru untuk menggunakan huraian penyejukan di Sentosa dan mengurangkan sisa yang dihantar loji pembakaran sisa di Singapura.

Perniagaan pulau itu termasuk hotel dan tempat tarikan, juga akan terlibat dalam usaha mengenal pasti karbon bagi memandu usaha mitigasi karbon masa depan.

Selain daripada individu mengubah gaya hidup, korporat dan industri juga mesti menjadikan kemampanan satu amalan, kata Encik Chan.

Program Kemampanan Perniagaan di bawah Enterprise Singapore (ESG) akan membantu membina golongan perniagaan setempat yang kukuh, yang boleh memanfaatkan kemampanan sebagai kelebihan daya saing, kata Encik Chan.

Lebih banyak butiran mengenai program itu akan didedahkan lewat tahun ini.

"Sedang kita membuat komitmen untuk mencapai masa depan lebih hijau, kita juga harus berkembang secara hijau, dengan merebut peluang baru dalam ekonomi hijau," ujar Encik Chan.

Menurut beliau, sektor yang intensif tenaga secara tradisional, seperti petrokimia dan teknologi pertanian, boleh mencapai kemajuan dalam kecekapan karbon dan tenaga menerusi inovasi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3