Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentuh sayur di pasar boleh sebabkan penularan Covid-19?

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



ORANG yang dijangkiti Covid-19 di Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Merah View Jun lalu rata-rata mempunyai tiga perkara sama.



Mereka belum divaksin, tidak memakai pelitup muka dengan betul dan menyentuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan tangan.



Ini adalah dapatan kajian Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) ke atas kelompok Covid-19 pasar itu, yang mempunyai 94 kes dan menyebabkan kesemua 182 gerai pasar ditutup dua minggu lapor The Straits Times.



Kelompok itu adalah yang terbesar di Singapura selama beberapa waktu, dengan kelompok lebih kecil kemudian muncul di blok-blok berdekatan. Kementerian Kesihatan kemudian melakukan beberapa pusingan ujian Covid-19 melibatkan lebih 200,000 penduduk.



Sebagai sebahagian kajian itu, penyelidik menemubual orang terjejas oleh penutupan pasar tersebut, termasuk pegerai dan pelanggan, kata pengarah Unit Epidemiologi dan Kesihatan Awam Kebangsaan, Profesor Madya Adjung Matthias Toh.



Mereka memberi tumpuan pada penularan pasar itu kerana bilangan besar warga emas yang sering ke kawasan tersebut, memandangkan warga emas paling teruk terjejas oleh wabak ini, tambah Pengarah Eksekutif NCID, Profesor Leo Yee Sin.



Orang yang kurang meluangkan masa di pasar itu juga kurang berkemungkinan dijangkiti.



"Itu sudah nyata," katanya. "Jika anda meluangkan masa di pusat penularan, sudah tentu kemungkinan anda dijangkiti lebih tinggi."



Hasil kajian itu menunjukkan mungkin lebih baik pegerai menimbangkan membungkus produk mereka terlebih dahulu, tambah Profesor Toh.



"Orang yang mengunjungi gerai-gerai itu boleh membawa sanitasi tangan mereka sendiri dan membersihkan tangan mereka sebelum menyentuh buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.



"Selepas itu, mereka juga boleh membersihkan tangan mereka sekali lagi. Ini melindungi bukan diri mereka sahaja, bahkan masyarakat."



Selain itu, mereka yang memakai pelitup bukan pembedahan yang boleh digunakan semula harus mencucinya dengan kerap, kata beliau.



Amalan sama harus dilakukan di pasar raya, di mana orang ramai juga membelek dan memilih produk segar, tambah Prof Leo.



"Barang yang lebih ramai orang ingin sentuh sebelum mereka membuat keputusan - itulah barang yang kita perlu beri perhatian khusus kerana ia boleh menjadi sumber penularan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >