Sejumlah $30,000 berjaya dikumpulkan menerusi majlis 'Iftar Amal Berita Harian' yang diadakan Sabtu lalu, di Wisma Geylang Serai. Dana yang dikumpulkan hasil sumbangan penaja dan rakan perniagaan, termasuk syarikat pengeluar makanan dan katering Pondok Abang dan MES Group disalurkan kepada Cabaran Presiden bagi membantu warga yang memerlukan. Di majlis itu, sekitar 150 benefisiari, yang terdiri daripada golongan yang kurang bernasib baik, dijamu berbuka puasa. Hadir sebagai tetamu terhormat ialah Presiden Halimah Yacob.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
3
SEKITAR RAMADAN
Sentuhan Presiden Halimah di iftar amal BH
May 29, 2018 | 05:30 AM