Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentuhan Ramadan sebar sifat ihsan kepada semua

Masagos sampaikan mesej utama perkukuh iman, bersikap penyayang kepada semua dan mendakap kepelbagaian
May 05, 2019 | 05:30 AM



RAMADAN ini, umat Islam di Singapura digalak menyebar rahmah bukan sahaja dalam kalangan kaum keluarga dan rakan sendiri, bahkan kepada masyarakat umum, termasuk jiran tetangga.



Justeru, kempen Sentuhan Ramadan tahun ini memberi fokus kepada usaha menyebarkan sifat ihsan dan kasih sayang dalam kehidupan berjiran dan bermasyarakat.



Berteraskan tema 'Sebarkan Rahmah: Ramadan Bersama Jiran. Raikan Bersama Keluarga dan Masyarakat', kempen Ramadan tahun ini mengambil inspirasi daripada contoh Nabi Muhammad saw menonjolkan nilai yang baik dan membina ikatan yang kukuh dalam masyarakat.



Mesej utama yang disampaikan kempen tahun ini, antara lain, memberi tumpuan kepada memperkukuhkan keimanan, bersikap penyayang kepada semua dan mendakap kepelbagaian.



Bercakap pada pelancaran kempen Sentuhan Ramadan 2019 yang diadakan di Wisma Geylang Serai semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa umat Islam di sini memikirkan cara bagi membolehkan menyebar rahmah kepada masyarakat umum, tanpa mengira bangsa atau agama.



Menekankan kepentingan tema tahun ini, Encik Masagos berkata:



"Perkara paling penting mengenai Ramadan adalah merasakan sifat belas kasihan - sesuatu yang kita inginkan setiap umat Islam di Singapura lakukan dengan menyebarkan rahmah kepada semua orang di sekeliling kita. Dengan itu, kita juga mahu masyarakat lain merasakan rahmah daripada umat Islam.



"Secara umumnya, jika kita memikirkan bagaimana kita mencurahkan rahmah, kita sering memikirkan keluarga atau teman dan sering kepada mereka yang beragama Islam.



"Tetapi sebenarnya rahmah itu harus kita taburkan kepada semua, apalagi kepada mereka yang terdekat seperti jiran. Kita tidak harus mengira apa agama mereka dan sebagainya.



"Cara paling mudah adalah menerusi perkongsian juadah berbuka puasa kerana ini akan mendatangkan keakraban dengan mereka kerana melalui juadah ini juga kita dapat mendekati mereka dengan baik."



Buat julung kalinya, kempen tahun ini juga akan menampilkan kerjasama antara rangkaian M Kuasa Tiga (M³) bagi membantu menyebarkan rahmah menerusi beberapa program yang bakal dijalankan.



Menerusi kerjasama ini, mesej menggalak masyarakat berkongsi dan menyebarkan kasih sayang dan rahmah dapat dilakukan secara menyeluruh tanpa hanya bergantung pada usaha masjid.



"Dengan kerjasama antara relawan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), kita dapat sebarkan mesej ini dengan lebih baik," ujarnya.



Antara program baru yang bakal dijalankan adalah acara 'Raikan Raya', disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah agar dapat membantu memperkasakan mereka dan menggalak pembelajaran berterusan.



Turut hadir dalam pelancaran kempen Sentuhan ramadan itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood; dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >