Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang lagi lelaki M'sia ditangkap kerana bantu pasangan dalam kes tipu barangan mewah tinggalkan S'pura

Jul 30, 2022 | 04:22 PM



SEORANG lagi lelaki telah ditahan kerana membantu pasangan yang terbabit dalam penipuan barangan mewah dan telah melarikan diri dari Singapura selepas mereka didakwa gagal menghantar barangan bernilai $32 juta kepada pelanggan.



Dalam satu kenyataan pada Jumaat (29 Julai), polis berkata seorang warga Malaysia berusia 38 tahun didakwa bekerjasama dengan rakan senegaranya, Mohamed Alias, 40 tahun, untuk membantu warga Singapura, Pi Jiapeng, 26 tahun, dan warga Thailand, Pansuk Siriwipa, 27 tahun, meninggalkan Singapura pada 4 Julai.



“Dengan kerjasama dan sokongan daripada Polis Diraja Malaysia, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Malaysia pada 29 Julai,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF).



Menurut laporan The Straits Times, dia akan dihukum di mahkamah pada 30 Julai.



Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $6,000.



Mohamed Alias didakwa di mahkamah pada 15 Julai kerana membantu pasangan itu keluar secara haram.



Pasangan itu didakwa bersembunyi dalam petak kontena sebuah lori berdaftar di Malaysia dengan nombor plat JUH7245.



Mohamed Alias dikatakan memandu kenderaan yang membawa pasangan pelarian itu kira-kira 7.25 malam pada 4 Julai lalu di bahagian kargo keberangkatan Pusat Pemeriksaan Tuas.



Sekurang-kurangnya 180 laporan telah dibuat terhadap pasangan itu sejak Jun, kata SPF pada 19 Julai.



Mangsa berkata mereka telah membuat bayaran pendahuluan untuk jam tangan mewah atau beg mewah kepada pasangan itu, yang gagal mengirim barangan yang ditempah.



Waran tangkap dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap pasangan itu.



SPF berkata mereka sedang bekerjasama rapat dengan rakan penguatkuasa undang-undang asing untuk mengesan pasangan itu dan hasil jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >