Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang lagi pekerja migran dalam nahas PIE meninggal dunia

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lagi pekerja migran meninggal dunia ekoran kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) melibatkan lori yang membawa 17 pekerja migran dan sebuah lori jongket tidak bergerak Selasa lalu.



Lelaki itu meninggal dunia di hospital akibat kecederaannya, kata Pusat Pekerja Asing (MWC) semalam



"Kami menghubungi ibunya, yang juga bekerja di Singapura, untuk menghulurkan bantuan dan ucapan takziah kepada keluarganya," kata MWC.



Seorang pekerja pula telah dipindahkan daripada unit jagaan rapi (ICU) ke unit pergantungan tinggi, sementara tiga sedang pulih di hospital, tambah MWC.



Ketika kejadian, pekerja migran itu dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Woodlands.



Encik Toffazal Hossain, dari Bangladesh dan berusia 33 tahun, pekerja pertama maut selepas kemalangan tersebut.



Beliau meninggalkan ibu bapanya, isteri dan anak lelaki berusia dua tahun di Bangladesh. Beliau mempunyai empat adik-beradik lain.



Menurut MWC semalam, mereka telah menghubungi adik lelaki Encik Toffazal untuk lebih memahami keadaan keluarga beliau dan bantuan yang diperlukan mereka.



"Beliau satu-satunya yang bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya. Kami juga telah menghubungi isterinya untuk membantu beliau mengharungi masa sukar ini," ujar MWC.



Pemandu lori berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai ketika memandu.



Polis diberitahu tentang kemalangan itu sekitar 6 pagi pada Selasa lalu. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dua orang terperangkap di bahagian belakang lori itu dan diselamatkan menggunakan peralatan hidraulik.



Kesemua pekerja migran penumpang lori itu, yang berusia antara 23 tahun dengan 46 tahun, dirawat di Hospital Universiti Nasional dan Hospital Besar Ng Teng Fong. Encik Toffazal meninggal dunia di hospital.



Dua pekerja migran dalam keadaan tidak sedar selepas kemalangan itu, kata polis. Pekerja migran itu difahami bekerja dengan Bright Asia Construction.



Menuru MWC, pekerja terlibat dalam kemalangan itu harus dilindungi Akta Pampasan Kecederaan Kerja (Wica) kerana ia berlaku semasa perjalanan ke tempat kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >